MANGSA DITETAK HANYA AKIBAT KES KEMALANGAN JALANRAYA DI KLANG

Kejadian pergaduhan di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang kini  menjadi topik hangat dibicarakan di laman sosial.

Pergaduhan dilaporkan tercetus akibat kes kemalangan membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Sungai Keramat 3, Taman Klang Utama.

11 Julai, dilaporkan, mangsa, Mohd Syukri Sairun, 24 tahun, kakitangan Majlis Perbandaran Klang, bersama adiknya dalam perjalanan ke masjid menaiki motosikal  terlanggar oleh suspek menaiki kereta Proton Iswara berwarna biru bersama 3 rakan lain.;

Berikutan itu, tercetus  pertengkaran,  suspek  kemudian dikatakan  menetak mangsa di kedua  tangan dan kepala.  Kini Syukri dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahmah.

Saya bersimpati dengan kejadian menimpa Syukri.

Bahan  berita  itu  dipaparkan di laman facebook Perkasa Selangor Malaysia, klik di sini.

Rentetan daripada kejadian itu,  berlaku lagi kes pergaduhan lain di Klang.  Beberapa lelaki India  dilaporkan  tercedera dan  dirawat di hospital. Laporan polis telah dibuat. Terkini, pihak polis  berjaya mengawal keadaan agar kes pergaduhan  itu  tidak terus  menular.

Teliti  antara komen dilontarkan  di facebook berhubung kejadian itu.

Bagi Admin JAlan terbaik Hormat Menghormati diantara satu sama lain lah.Jangan disebabkan hanya 2-3 orang yang melakukan kesilapan kita menyalahkan semuanya sekali.Kita adalah rakyat Malaysia yang cintakan Keamanan dan kedamaiaan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana