Macam-macam cerita timbul disebalik lantikan Husam Pengarah pilihanraya Kecil PAS Kuala Besut

PAS sebelum ini cuba tutup rahsia pasal pelantikan,orang Kelantan Datuk Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut sedangkan heboh juga pasal Pesuruhjaya PAS Terengganu Wahid Endut serta pemimpin di negeri itu yang tidak puashati.

Bila dah heboh, Wahid buat kenyataan pelantik Husam dipersetujui dalam mesyuarat PAS Pusat.

Husam pula tak banyak cakap dalam isu itu selain alasan ramai penduduk Kuala Besut yang bersempadanan dengan Kelantan adalah orang negeri tersebut dan wajar Husam jadi pengarah kerana tahu kehendak penduduk Besut.

Ikut khabar yang berlegar ada ‘permainan’ perlantikan Husam sebagai Pengarah PKR Kuala Besut.

Akl kisahnya ianya babitkan Husam dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang khabarnya mula bimbang pasal ada ura-ura ADUN Salor, Kelantan dan Naib Presiden parti mahu menentang Hadi pada muktamar akan datang.

Kononnya Hadi terpaksa bagi laluan pada Husam jadi Pengarah sebab nak ambil hati Husam yang tewas di Parlimen Putrajaya pada PRU lalu.

Hal ini didakwa Zakaria Salleh pemimpin NGO Al Ehsan Kelantan yang sebelum ini menyokong perjuangan pembangkang khususnya PAS.

Dalam sidang media di Kuala Besut Sabtu malam  beliau mengakui menjadi penyokong kuat Husam malah membantu bekas Exco Kelantan itu menang di DUN Salor ketika Husam sibuk berkempen di Putrajaya.

Malah katanya, mereka ada pertalian kekeluargaan tetapi melihat pelantikan Husam berasaskan ada agenda peribadi antara Husam, Hadi dan juga calon PAS Azlan Yusof, beliau ambil keputusan menyokong calon BN Tengku Raihan Che Ku Abdul Rahman.

Zakaria bersama-sama ahli Al Ehsan Besut seramai kira-kira 200 orang menyatakan ikrar mahu menyokong Tengku Raihan dan memastikan PAS kalah pada PRK Kuala Besut.

Kumpulan itu menyatakan sokongan kepada BN dalam masjlis rengkas dihadiri Ketua Penenrangan Datuk Ahmad Maslan di Kuala Besut.

Zakaria mendakwa Hadi setuju Husam jadi pengarah PRK sebab takut kena langgar dengan Husam.

“Husam dulu di panggil Husam Nik Aziz tetapi sekarang sudah tukar Husam Anwar Ibrahim kerana sokong Anwar sama seperti Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu,” ujarnya.

Katanya, Husam adalah golongan profesional dan ramai ahli PAS serta penyokong yang berat kepada golongan ulama dalam parti itu akan menolak Husam termasuk beliau.

“Kita yang selama ini sokong PAS kini mahu tolak PAS yang ada agenda sokong Anwar manakala Husam pula ada agenda sendiri di Kuala Besut,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan menegaskan dengan sokongan Al Ehsan ini akan memantapkan BN dan meningkat peluang memenangkan calon BN  serta menambah bilangan undi di Kuala Besut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana