Kurang 10 jam kempen Kuala Besut, PAS agih petrol percuma

KUALA BESUT: Kurang 10 jam menjelang tamatnya tempoh berkempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut yang berakhir pada tengah malam ini, momentum kedua-dua calon mula memuncak.
Calon Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing tidak membazir sebarang masa dan melipat gandakan usaha untuk turun padang bertemu pengundi.

Bagi PAS, yang dilihat agak tertekan, kali ini mengambil langkah drastik dengan memberikan petrol percuma kepada penunggang motorsikal di kawasan sekitar Kuala Besut untuk menarik pengundi.
Pemberian petrol percuma yang berlangsung pada sekitar jam 12.00 tengahari sehingga 3.00 petang itu. Kempen itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya pengundi golongan muda.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat pemberian tersebut tidak lebih dari rasuah pilihan raya apabila Pemuda PAS secara terang-terangan mempamerkan serta mempromosi tindakan tersebut di kain rentang yang bertulis 'Pemberian petrol percuma, motosikal sahaja, ditaja oleh Pemuda PAS.'

Hadir sama sewaktu pemberian petrol tersebut ialah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan bagi memberikan sokongan kepada calon pilihan parti Islam itu.

Pada pilihan raya kecil itu, Tengku Zaihan atau lebih dikenali sebagai 'Abe Ku' di kalangan penduduk Kuala Besut dicabar calon PAS Endot@Azlan Yusof, seorang ahli perniagaan.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana