Kuala Besut : Senangnya turun dengan air liur...

Pengundi-pengundi di Kuala Besut perlu mengelak terjebak kempen reverse psikologi pembangkang yang cuma bermodal mulut dan air liur sahaja.

Mustahil PAS tidak mahu kerusi Menteri Besar seperti kata Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya rakyat Terengganu memilih PAS dan menjadikan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seri 16:16 dengan BN.

“Mudah saja mereka kata kempen 16:16 tak bawa apa-apa makna sedangkan PAS mahu satu kerusi tambahan lagi di Kuala Besut. Kalau mereka dapat kerajaan negeri akan tergantung serta ketidakstabilan politik di Terengganu,”.

“Sebab itu pengundi Besut penting dalam tentukan masa depan Terengganu. Kalau (DUN)  tergantung tak boleh bentuk kerajaan. Saya harap rakyat di sini jangan terjebak kempen-kempen reverse psikologi pembangkang di sini,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau menasihatkan pengundi-pengundi bahawa kempen sedemikian adalah perangkap PAS dan hanya dengan mengundi BN, pembangunan yang diumumkan kerajaan dapat berjalan lancar.
kb-zahid1ccxx
Dalam pada itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyindir PAS yang bersikap ‘lembu punya susu, sapi dapat nama,”.

Ini kerana PAS mendakwa hampir pengumuman 10 projek pelbagai bantuan kerajaan untuk kepentingan rakyat Kuala Besut merupakan hasil daripada pelbagai pendedahan yang diketengahkan mereka.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata sepanjang pilihan raya kecil ini kerajaan mengumumkan projek-projek membabitkan peruntukan melebihi RM377 juta termasuk projek mendalamkan muara Sungai Besut bernilai RM250 juta.

Selain itu kerajaan juga mengumumkan projek menaiktaraf empangan rendah bernilai RM35 juta di Kampung Nangka untuk kepentingan petani.

“Memang semua projek seluruh negara kerana PAS, DAP dan PKR yang minta. Itulah, kerajaan BN cukup baik hati kerana atas permintaan pembangkang semua projek dilakukan,” sindirnya.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana