Kos petisyen 'luar biasa', PKR mohon bantuan Hakim Besar Malaya..Jangan Nak Jadi Mainan Wayang Lah

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertikaikan kos petisyen mencabar keputusan PRU13 yang dianggap sebagai "luar biasa".

Katanya, tindakan itu dilihat sebagai muslihat pendakwaan Umno-BN yang cuba mengagalkan dan menghalang proses kes mahkamah daripada diteruskan dengan mengenakan kos yang terlalu tinggi berbanding prosiding sama pada pilihan raya lalu.

Sehubungan itu, beliau  menggesa Hakim Besar Malaya, Tun Arifin Zakaria supaya campur tangan.

"Kos yang tinggi adalah menindas dan tidak masuk akal kerana tidak bersifat kepentingan awam sekali gus keputusan dibuat untuk mengelakkan petisyen itu diteruskan.

"Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mengendalikan kes Balik Pulau dengan mengatakan bahawa kos RM30,000 yang dikenakan kepada petisyen Dun Telok Bahang menentang pempetisyen PKR tidak cukup tinggi dan terus mengenakan kos RM120,000," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Selain itu, Anwar juga tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen pembangkang atas alasan yang tidak munasabah.

"Tolak kerana teknikal kecil itu tidak munasabah, di (DUN) Machang dan (DUN) Selising, (Kelantan) ditolak kerana tidak dikemukakan oleh orang yang terlibat.

"(Mahkamah) gunakan alasan yang paling tidak munasabah. Kata fakta tidak mencukupi, gunakanlah fakta yang ada. Beri ruang untuk kes itu diteruskan," katanya.

Terdahulu Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat kerana permohonan itu gagal memenuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

KALAH BUAT LAH CARA KALAH ANWAR WEI....KAU MEMANG TAK LAYAK JADI PM ITU SEBABNYA.....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana