Kerana Bodoh Dan Gila Kuasa PAS Dan PKR Relakan Sikap Rasis DAP


Dap hanya melihat setiap sesuatu isu itu daripada kacamata rasisme dan perkauman tebal.

Keputusan kerajaan negeri Melaka untuk menutup pasar malam di Jonker Street selama sebula untuk mengkaji aliran trafik di kawasan tersebut juga tidak terlepas daripada pandangan perkauman yang sempit yang terpancar daripada minda yang juga sempit dan jumud.

Setelah menang besar dengan mendapat 38 kerusi di dalam Parlimen, Dap sudah menunjukkan sikap yang terlalu bongkak, angkuh dan sombong.

Walaupun cita-cita untuk merampas Putrajaya bersama Pas dan PKR tidak berjaya tetapi sekurang-kurangnya Dap telah berjaya melembukan kedua-dua sekutu politiknya itu untuk meraih kemenangan yang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Inilah yang tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang semuanya gila kuasa.

Sudah tentu paling rakus ialah Anwar Ibrahim yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatnya.

Ini termasuk kerelaan beliau menjadi perkakas kepada Dap yang berjanji untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun jika dikira daripada kekuatan jumlah kerusi, PKR sememangnya tidak layak.Tetapi oleh kerana Dap memainkan strategi mengambil hati orang Melayu, maka Anwar yang tahu dirinya telah ditolak orang Melayu sendiri mengantung sepenuhnya kepada parti rasis itu.

Oleh sebab itu Anwar takut untuk mengkritik Dap secara terang-terangan untuk menjaga kepentingan politiknya.

Pas pula tidak mengakat kepala apabila Dap menghina Islam dan Melayu kerana juga berganting kepada sokongan wang ringgit daripada Dap.

Pendek kata Dap menggunakan kekuasaan wang ringgit dan kekayaan untuk membeli pemimpin-pemimpin Pas dan PKR supaya mereka akan membisu dan merelakan Dap mengutuk Islam dan Melayu sepuas hati mereka.

Sehingga kini tidak ada kecaman atau kritikan daripada mana-mana pemimpin Pas atau PKR.

Begitu juga dengan kenyataan seorang lagi pemimpin rasis Dap, Teresa Kok yang tidak bersetuju Islam dijadikan sebagai Agama Persekutuan ketika memberi keterangan di dalam mahkamah dalam perbicaraan samannya terhadap Utusan Melayu.

Di mana pemimpin Pas yang berdegar-degar menjerit mengatakan UMNO kafir, rasuah dan sebagainya macam nak terkeluar anak tekak?

Mengapa kini mereka membisun seribu bahasa apabila Dap membalun kedudukan dan kesucian agama Islam di Malaysia?

Apa sudah jadi dengan jatidiri Islam sehingga Husam Musa sanggup keluarkan fatwa sesat bahawa, mati syahid bagi penyokong pembangkang yang menentang kerajaan?

Pas dan PKR bukan sahaja sekadar menjadi keldai tunggangan tetapi telah menjadi lebih bodoh dan dungu daripada itu.

Sokongan mereka kepada Dap pada PRU13 lalu telah membawa padah kepada orang Melayu.

Merekalah yang memberi kekuatan politik kepada Dap untuk menyerang Islam dan Melayu.

Merekalah sebenarnya pengkhianat sejatti yang sanggup mengadaikan maruah dan kepentingan bangsa demi kuasa politik.

Dap sekarang akan menggunakan kekuatan barunya di dalam Parlimen untuk menyerang hebat Islam dan Melayu kerana mereka yakin orang Melayu kini telah tunduk sepenuhnya kepada mereka.

Wang dan ringgit serta janji kekayaan oleh Cina Dap yang rasis telah membutakan hati dan mata pemimpin Melayu.

Jika orang Melayu masih tidak sedar mereka akan bangun daripada tidur satu hari dan mendapati bangsa mereka telah menjadi kelas ketiga di bumi sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL