kenyataan paling bodoh dari puak pr,bila jenayah meningkat salah kan polis,yg kau bela penjenayah tu ada akal.

Kerajaan tak patut rayu kes Kugan
SHAH ALAM – PKR hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Persekutuan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes kematian A Kugan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, tindakan itu menunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan sekali gus memanjangkan penderitaan keluarga Kugan khususnya ibu mangsa, N. Indra yang sejak berapa lama berjuang untuk membela kematian anak lelakinya.

“Tidak patut seorang ibu melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan kerajaan Persekutuan.

“Rayuan itu memperlihatkan kegagalan kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan ketakutan, malah fobia terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban,” katanya yang dipetik dari kenyataan medianya, hari ini.

Diharap Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga membela mangsa kecurian kereta dengan mewujudkan dana khas atau badan bertindak bagi membantu mereka. Kerenah syarikat insuran dan pampasan yang tidak setimpal telah merugikan mangsa yang keretanya dicuri. Pada masa kini kejadian kecurian kereta bertambah serious dan ramai juga mangsa adalah penyokong PR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana