"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat - Che Long Calon PAS Kuala Besut.

PRK KUALA BESUT - "Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat". Ia akan dikembalikan kepada rakyat.", begitulah kata-kata Calon PAS PRK Kuala Besut yang penulis merasakan ianya terlalu sombong bunyinya.

Mungkin maksudnya baik tetapi bagi penulis jika benar ingin berkhidmat kepada masyarakat tidak perlulah untuk berkata demikian, memang semua orang di Kuala Besut tahu Che Long punya banyak wang dan ada Lesen Kelas A tetapi tidak pelulah berkata sombong dan bongkak seperti itu untuk meraih undi orang Kuala Besut.

Anwar Ibrahim pernah buat seperti itu sampai dia digelar Penasihat Ekonomi 1 Ringgit dan ternyata ianya hanyalah wayang semata-mata.

Menerima RM 1 atau tidak terima satu sen pun bukan ukurannya tetapi apa yang bakal dapat untuk menggantikan elaun yang ditolaknya itu yang menjadi persoalan, Che Long seorang peniaga dengan Lesen Kelas A bukan sebodoh itu untuk menolak bulat-bulat wang ringgit jika tidak punyai rancangan sebaliknya.

Tetapi yang paling nyata tujuan kata-kata itu untuk meraih undi, menunjukkan seoalah-olah Che Long baik sangat dan pemurah sangat.

Bukan penulis mahu menuduh Che Long yang bukan-bukan dan jika ianya tidak benar baguslah begitu, memang rakyat mahukan pemimpin yang mahu berbakti kepada masyarakat dan tanahair tambahan pula sampai sanggup mengeluarkan wang ringgit sendiri atau sampai sanggup tak menerima gaji.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana