IPCMC Layan Polis Lebih Teruk Dari Penjenayah..

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditolak kerana ia merupakan satu badan yang memberi layanan buruk kepada pihak polis.

Katanya, IPCMC juga tidak adil kepada polis kerana seseorang anggota itu tidak diadili di mahkamah dan tidak boleh membuat rayuan.

“Ia (IPCMC) melanggar segalanya, prinsip dan keadilan. Ia tidak memasukkan kuasa mahkamah dan menjadikan keputusan badan itu sebagai keputusan akhir.

“Bolehkah kamu bayangkan seseorang yang menghadapi tindakan tatatertib tidak mempunyai hak untuk merayu di mahkamah?

“Kamu melayan pegawai polis lebih teruk daripada penjenayah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, beliau berkata, penubuhan IPCMC juga telah melanggar prinsip undang-undang kerana melupuskan kuasa peguam negara dan ketua polis negara.

“Ia menghilangkan kuasa Peguam Negara dan kuasa mutlak pendakwaan iaitu satu kuasa yang tidak diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Malaysia).

“Dan ia (IPCMC) juga menghilangkan kuasa suruhanjaya polis dalam isu-isu disiplin anggota mereka. IPCMC menghilangkan kuasa Ketua Polis Negara dalam Akta Polis,” katanya.

Malah, apa-apa keputusan yang dibuat oleh IPCMC adalah muktamad dan tidak boleh dirayu di mahkamah, katanya.

“Adakah anda pernah dengar undang-undang seperti ini sebelum ini?,” kata Wan Junaidi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana