Imigresen Gempur Warga Asing Berniaga di Jalan Tar

KUALA LUMPUR – Mahu mengambil  kesempatan dan mendapat untung berlipat kali  ganda menyebabkan warga asing di negara  dikesan turut berniaga di sekitar bazar Ramadan  Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara ini.
Atas aduan daripada orang ramai, Jabatan  Imigresen semalam menggempur sekitar Jalan  Tun Razak dan Jalan Chow Kit dan menahan  seramai 15 warga asing setelah memeriksa lebih  20 gerai di sini.
Dalam serbuan kira-kira dua jam yang bermula  pukul 10, Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan  Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa,  berkata operasi  dilakukan bagi membendung  gejala yang kerap berlaku setiap kali menjelang  bulan Ramadan iaitu monopoli peniaga haram  terdiri dari warga asing.
“Operasi ini dilakukan bagi membantu pihak Dewan  Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membanteras  kehadiran peniaga-peniaga haram ini yang ingin  mengambil kesempatan berniaga di bazar  Ramadan di sekitar ibu negara terutamanya di  Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul  Rahman.
“Pada operasi kali ini, sebanyak 21 gerai dan 58  warga asing diperiksa. Dari jumlah itu, 15 darinya  didapati melakukan tiga kesalahan imigresen iaitu  tiada dokumen perjalanan sah, menyalahguna  permit kerja dan menyalahguna pas lawatan  dengan bekerja di negara ini menyebabkan  mereka terpaksa ditahan,” katanya, di sini  semalam.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan  untuk memastikan sama ada warga asing terbabit  berniaga sendiri atau bekerja dengan majikan  tempatan yang menggaji mereka.
“Tindakan boleh dikenakan ke atas majikan kerana  syarat permit untuk berniaga di bazar itu  menetapkan peniaga tidak dibenarkan untuk  menggaji warga asing apatah lagi sekiranya  pekerja warga asing itu tidak mempunyai dokumen  lengkap yang diperlukan untuk bekerja di negara  ini.
“Mereka (majikan) boleh dikenakan tindakan  mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen  1959/63 dan jika sabit kesalahan mereka  berdepan hukuman denda tidak kurang  RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau  penjara 12 bulan atau kedua- duanya sekali,” kata  James lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana