Di Kuala Besut, Khalid Ibrahim dan Khalid Samad Jual Temberang, Konon Selangor Maju Di Bawah Pakatan Rakyat..

Antara pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang datang berkempen pada saat-saat akhir semalam di Kuala Besut adalah Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Dr. Rani Osman. Mereka sekadar berceramah di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran DBV 8131 di pekarangan pasar borong Kampung Lampu, PDM Kampung Nangka dengan kehadiran seramai 50 orang.

Temberang mereka cukup mudah. Selangor dibandingkan dengan Terengganu. Kononnya, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Selangor lebih maju dari Terengganu sedangkan Terengganu pula adalah sebuah negeri pengeluar minyak utama di Malaysia. Perkampungan nelayan di Kuala Besut, dijadikan sebagai contoh tentang betapa miskin, daif dan marheinnya penduduk Kuala Besut.

Konon-kononnya juga, pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan berbanding rakyat Terengganu.

Kalau setakat temberang orang kampung yang hanya mendengar cerita dari sumber Pakatan Rakyat sahaja, ianya bolehlah dikira berjaya. Sesiapa sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat, walau seburuk mana atau selemah mana pun penipuan yang dibuat oleh pemimpin mereka, ianya akan ditelan dan dihadam dengan sepenuh kepercayaan. Tetapi sekiranya, kebenaran yang disampaikan itu bukan dari Pakatan Rakyat, ianya akan segera ditanggapi sebagai fitnah sepertimana yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim.

Itulah yang berlaku nampaknya. Senang-senang sahaja para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor jual temberang di kawasan-kawasan di mana sebahagian penduduknya sekadar jadi penonton di kaca televisyen. Para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Khalid Ibrahim dan Khalid Samad cuba memberikan gambaran kononnya sewaktu Selangor di bawah Barisan Nasional, jauh lebih miskin. Hanya setelah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri Selangor, barulah negeri itu maju seperti sekarang.

Sedangkan cerita sebenar adalah sebaliknya. Selangor ditinggalkan oleh UMNO-BN kepada PKR-Pakatan dalam keadaan yang amat selesa. Malangnya penggal pertama Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan Negeri, bukan sahaja peruntukan negeri dihabiskan untuk benda-benda yang langsung tidak mendatangkan faedah, sebaliknya akaun kewangan negeri juga ditinggalkan hampir kosong.

Konon-kononnya Khalid Ibrahim berjaya mentadbir Selangor dengan jayanya dan penuh cemerlang. Konon-kononnya juga, Khalid Ibrahim berjaya memacu ekonomi negeri serta menghasilkan pendapatan mega untuk negeri ini.

Tetapi tidak satu contoh pun yang dapat diterangkan atau diceritakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor tentang apa yang telah mereka lakukan bagi mewujudkan realiti berkenaan. Sebaliknya mereka tidak lekang-lekang dengan retorik seperti penghapusan jenayah rasuah, pengukuhan dan penjajaran kewangan negeri serta pelbagai terma yang ganjil-ganjil serta tidak masuk akal.

Walhal kadar rasuah pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, jauh lebih besar berbanding pada zaman UMNO-BN. Secara terang-terangan, segala macam tender dan projek PBT di seluruh Selangor diserahkan kepada kroni dan sanak saudara. Bahkan untuk memudahkan lagi kerja-kerja merompak wang rakyat, Ahli-Ahli Majlis PBT pula dipilih agar dapat tunduk kepada wakil-wakil rakyat PR meskipun Ahli-Ahli Majlis tersebut ada rekod jenayah.

Begitu juga dengan pelbagai pertumbuhan industri pelacuran dan maksiat di seluruh Selangor. Adakah itu yang dimaksudkan sebagai lebih maju dan lebih makmur? Apa yang telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor selain daripada janji-janji dan retorik yang tidak berkesudahan?

Daripada sekian macam skim yang telah diwujudkan oleh Pakatan Rakyat Selangor konon untuk rakyat Selangor, tetapi sehingga tahun keenam, tidak satu pun yang benar-benar wujud dan membantu secara merata, sebaliknya hanya untuk golongan yang menyokong mereka sahaja. Itukah yang dikatakan kemajuan yang didatangkan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor, sekaligus menghalalkan mereka untuk berbohong dan mendabik dada apabila berkunjung ke tempat-tempat lain?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana