Dakwat Kekal Susah Sangat Layan Pakatan, Elok Buat Tatoo Saja?

Nampaknya, penggunaan dakwat kekal sebagai tanda seorang pengundi itu sudah membuang undi masih lagi dimainkan oleh parti pembangkang...Sejak berakhirnya PRU13, walaupun baru sahaja beberapa jam proses membuang undi dilakukan, pembangkang dan pengikut-pengikut mereka terus sahaja menghentam SPR kerana menggunakan dakwat kekal yang boleh hilang selepas beberapa kali dicuci.

Secara tidak langsung, ia kononnya membuktikan SPR adalah badan yang tidak telus dalam menguruskan proses pilihan raya.

Sementalah PRK di DUN Kuala Besut bakal berlangsung nanti, pembangkang masih terus mahu menghentam pihak SPR biar pun SPR masih lagi berusaha memperbaiki penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Hari ini di Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula mahu mengheret Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat isu bersabit dakwat kekal ini.

Katanya, KDN perlu mengambil tindakan susulan terhadap laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi.

Inilah satu tindakan lain yang dilihat sebagai cubaan untuk mencemarkan imej SPR selepas bermacam-macam fitnah dilemparkan sejak beberapa tahun akhir ini.

Bukan itu sahaja, kehendak pembangkang yang sebelum ini beria-ia mahu penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya yang telah pun ditunaikan oleh pihak SPR masih lagi pembangkang tidak berpuas hati.

Usaha SPR yang mengubah kaedah dari mencalit dakwat kepada mencelup jari telunjuk dikatakan oleh pihak pembangkang sebagai kaedah yang tidak membantu langsung.

Secara logiknya, tidak ada dakwat kekal akan kekal selamanya walaupun sudah berhari-hari dikenakan di jari.

Hatta ‘marker pen permanent’ pun boleh hilang dakwatnya selepas dicuci beberapa kali.

Mungkin pembangkang mahukan SPR gunakan ‘tattoo’ agaknya sebagai tanda pengundi sudah mengundi baru nak puas hati. Kalau pakai ‘tatto’, mungkin sampai pilihan raya yang ke berapa sekali pun tak akan hilang.Mungkin juga, barulah pilihan raya yang dijalankan itu telus dan menepati piawaian pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana