Ceramah Mat Sabu Gagal Tarik Sokongan Rakyat Kuala Besut

Pasti ramai yang tidak menyangka ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Kuala Besut gagal menarik sokongan ramai seperti yang diharapkan. Ini kerana ‘ayam sabung’ Pas itu sebelum ini memang diakui kehebatannya berceramah sehingga dikenali sebagai tokoh punca pendapatan bagi mana-mana Pas kawasan yang mengalami masalah kewangan.

Namun populariti dan kehebatan Mat Sabu itu nyata tidak mampu menarik minta para pengundi dan penyokong Pas. Ini kerana ceramah yang diadakan di Pasar Tani, Kuala Besut malam tadi hanya mampu menarik minat sekitar 200 orang sahaja.

Walaupun digandingkan dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ceramah malam tadi seakan hambar. Malah hasil pemerhatian yang dilakukan, daripada 200 orang yang hadir hampir separuh daripadanya adalah merupakan petugas dan jentera parti yang didatangkan khas dari luar.

Menurut salah seorang penduduk yang ditemui, Azlan Hamid, 39 mengatakan ramai dikalangan pengundi lebih berminat untuk mengisi aktiviti malam mereka dengan bersolat terawih dan bertadarus.

“Ketika ini, warga Kuala Besut lebih tertumpu untuk melakukan ibadat sempena bulan puasa berbanding mendengar ceramah yang penuh dengan caci maki. Ramadhan hanya datang setahun sekali, jadi ramai yang ingin mengambil peluang mengisi program malam dengan aktiviti keagamaan.

“Tambahan pula, penat pilihanraya umum yang lepas masih terasa” menurutnya lagi.

Seorang lagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pasar tani itu, Shamsul Iskandar Ismail, 27 pula mengatakan setiap kali menghadiri ceramah yang diadakan, mereka hanya akan mengetengahkan isu-isu yang sama sehingga membuatkan rakyat menjadi bosan.

“Setiap kali mereka (pakatan pembangkang) berceramah, mereka akan mengulang isu-isu yang sama. SPR salah, kerajaan tak betul, Umno tak buat kerja dan macam-macam lagi.

“Persoalannya apa yang ingin mereka tawarkan kepada rakyat? Malah ketika Pas berjaya membentuk kerajaan negeri dulu, tidak ada apa sumbangan dan pembangunan yang dijalankan” tegasnya pula.

Tambah menarik lagi, ceramah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dijadualkan diadakan di Kampung Nangka malam tadi juga terpaksa dibatalkan di saat akhir.

Ada yang mengatakan, ia disebabkan kerana sambutan yang diterima agak suram dan hambar. Malah tidak kurang juga ada yang mengatakan ‘Tok Guru’ Pas itu kurang sihat dan uzur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana