Campur tangan Nga melebihi batas - Kimma

GEORGE TOWN: Penolong Bendahari DAP Nga Kor Ming telah melebihi batasan apabila mendesak Jabatan Peguam Negara mencampuri urusan pentadbiran agama Islam di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak, kata Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).
             
Presiden Kimma Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata tindakan Anggota Parlimen Taiping itu tidak betul kerana perkara itu adalah hal orang Islam.
             
"Kenapa orang bukan Islam hendak buat bising tentang hal orang Islam? Berikan kebebasan kepada orang Islam untuk menentukan sesuatu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin sempena bulan Ramadan di sini malam tadi.
             
Nga, pada sidang akhbar di lobi Parlimen 11 Julai lepas, menggesa kerajaan negeri di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam masing-masing berhubung peruntukan mengenai persetujuan ibu bapa memberi izin menukar status anak di bawah umur kepada Islam.
             
Nga juga meminta Peguam Negara menasihati kerajaan-kerajaan negeri terlibat mengambil langkah sewajarnya meminda peruntukan itu supaya selaras dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
             
Syed Ibrahim berkata desakan Nga itu sudah melebihi batasan kerana orang Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.
             
"Sebaliknya, bagi sesiapa yang ingin memeluk agama Islam dengan rela hati akan melalui proses perbincangan dan berdialog. Desakan itu seakan-akan mencabar Raja-Raja Melayu di negeri-negeri berkenaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana