Bongok Punya Mahfuz Omar...! Bukannya Senanglah Nak Curi Duit Tabung Haji Macam Mana Pimpinan PAS Rembat Duit Tabung Memali

PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya.

JOM kita tengok video klip dibawah ini sebentar.....Soal perlantikan YB Dato Haji Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji....Ada yang kata beliau tidak layak dan lebih melucukan ada yang kata dia bukan melayu asli. Apa, Azeez kafirkah....?

Orang yang bercakap pun sembahyang belum tentu cukup jika nak dibandingkan dengan Azeez. Orang yang bercakap belum tentu dapat jadi imam solat jika nak dibandingkan dengan Azeez.

Saya perhatikan apa cuba dilakukan adalah membunuh karektor. Sampai saat ini pun tidak ada satu bukti yang dikemukakan. Sekadar membuat tuduhan sahaja.

Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali yang bukti terang-terang depan mata, penyokong-penyokong Pembangkang butakan mata dan pekakkan telinga sahaja....!!

Pengerusi Tabung Haji [TH] tidak ada kuasa eksekutif. Tidak ada kuasa untuk menentukan pelaburan dan sebagainya. Tugas utama pengerusi sesebuah syarikat selain daripada mempengurusikan mesyuarat adalah untuk memastikan urusan-urusan dengan kerajaan berjalan lancar.

Walaupun TH sebuah syarikat berkaitan kerajaan bukan semua urusan mereka dengan kerajaan boleh dipermudahkan begitu sahaja. Mereka tetap kena lalui prosedur, peraturan, karenah dan birokrasi seperti biasa. Di sinilah pentingnya peranan Pengerusi.....

Sebagai contoh, katakanlah tahun ini TH memerlukan bilangan doktor dan jururawat yang lebih dari Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke Mekah bagi urusan kesihatan jemaah haji. Mereka kena minta dengan Kementerian Kesihatan.

Bukan sekali minta terus boleh dapat. Sudah tentu perlukan mesyuarat demi mesyuarat untuk kelulusan. Dan dalam hal ini pengerusi memainkan peranan penting bagaimana nak deal dengan kerajaan untuk kelulusan.

Itu baru satu contoh, banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu di runding dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah dalam soal penambahan kuota haji dan sebagainya. Ini semua pengerusi memainkan peranan penting. Manakala CEO sibuk dengan urusan pelaburan dan perniagaan. CEO pun pening kepala juga memikirkan bagaimana nak tambah keuntungan agar TH dapat terus menambah subsidi untuk jemaah haji bagi mengelak kenaikan kos mengerjakan haji.

Azeez memang ada kepakaran dalam bab runding berunding dan juga minat mendalam beliau dalam soal kerja-kerja kebajikan. Jika beliau tidak ada kepakaran dalam bab runding berunding, tak mampu beliau nak bawa balik anak-anak gadis melayu dari Lombok. Tempat yang penuh halangan dan rintangan.

Malah ada sesetengah tempat beliau terpaksa naik jet ski untuk melarikan gadis melayu dari tempat mereka disembunyikan. Orang tak tahu semua itu..., Mamak juga yang selamatkan gadis melayu....

Soal kerja-kerja kebajikan beliau tidak perlu nak dipertikaikan lagi. Beliau minat ke arah itu. Dan di sini saya nampak beliau boleh memainkan peranan yang besar lagi untuk meningkatkan kebajikan jemaah-jemaah haji Malaysia semasa di Mekah.

Ada yang membuat tuduhan liar kononnya beliau akan merompak TH dan sebagainya. Janganlah terlalu bodoh sangat. TH bukannya seperti Tabung Memali Pas. Mereka ada pelbagai wakil dalam ahli lembaga pengarah. Salah seorangnya adalah KSU Kementerian Kewangan. Senarai ahli lembaga pengarah boleh dilihat di sini.

Bukannya masuk pejabat setiap pagi Azeez boleh tandatangan cek dan masukkan dalam akaun beliau.

Akhir kata berilah peluang kepada beliau buktikan. Dan saya yakin beliau akan mampu laksanakan tugasnya. Selamat maju jaya kepada Datuk Azeez.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL