Anwar nafi ada 20 akuan bank... kata tak wujud dalam Wikileaks

Tidak seperti pendedahan kes liwat dua di Wikileaks yang membuatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim and the geng persoalkan itu ini mengenai laman web tersebut.

Kali ini gaya Anwar melawan berbeza sekali, kalau dulu mati-mati tak percaya Wikileaks, kini dalam bab dakwaan memiliki 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta), Anwar dengan yakin kata tidak ada dakwaan itu dalam Wikileaks.

Anwar buat kenyataan tegas tersebut di Dewan Rakyat pagi Selasa.

Semalam MP Simpang Renggam Liang Teck Meng memberitahu Dewan Rakyat bahawa ada pendedahan dalam Wikileaks mengatakan Anwar mempunyai akuan bank luar negara dengan simpanan nilai ratusan juta ringit.

"Saya semak, ini memang niat jahat. Tidak ada kenyataan itu dalam Wikileaks. Tidak ada rujukan itu sama sekali dalam Wikileaks.

"Simpang Renggam harus ingat, yang dikaitkan dengan saya tidak disebut dalam Wikileaks. Jadi risikonya itu ada," katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Mengulas lajut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut bersetuju dengan gesaan MP Batu Tian Chua supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan sumber maklumat pendedahannya.

"Tentunya ahli Yang Berhormat berhak untuk bangkitkan supaya ada penjelasan (mengenai dakwaan). Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Dewan) dan saya boleh saman.

"Tapi adakah Parlimen ini boleh digunakan dengan merujuk Wikileaks (sebagai sumber) tapi dia tak ada.

"Adakah kita nak berikan pengesahan (terhadap pendedahan) kalau ada. Tapi dalam kes ini tidak ada... kalau pun ada, Wikileaks tahu risikonya," katanya.

Ketika Anwar memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat, Liang bagaimanapun tidak berada di dalam Dewan.

Keadaan itu memaksa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan supaya Dewan memberi peluang kepada Liang untuk menjelaskan mengenai pendedahannya.

"Simpang Renggam tak ada (dalam Dewan), kalau beliau masih dengan pendiriannya, Yang Berhormat ada hak untuk buat usul (rujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen).

"Ini jadi pengajaran kepada semua, kalau terlajak kata...susah," katanya.

Pada Selasa Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China.

Pada Disember 2010, akhbar Australia, The Sun-Herald memetik sumber Wikileaks menyatakan bahawa "kabel bocor" di Jabatan Negara Amerika Syarikat, mendedahkan pegawai perisikan kerajaan Singapura memberitahu rakan sejawat mereka di Australia bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan Lee Kuan Yew pernah memberitahu ONA semasa bertukar-tukar pandangan iaitu, Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu (liwat), yang beliau sekarang sedang menghadapi pertuduhannya.

Anwar bagaimanapun menafikan pendedahan Wikileaks itu dan mengadakan roadshow seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

agendadaily.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana