Anwar Hanya Berani Isu Alvin-Vivian Tetapi Mendiamkan Diri Isu Kalimah Allah..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, membuat kejutan apabila bangun menyokong usul yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menggesa agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas terhadap pasangan Cina yang bertindak keterlaluan menghina Islam di Parlimen hari ini. Seterusnya, Bung Mokhtar mahukan pihak berkuasa menahan pasangan melampau itu dan didakwa di mahkamah.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh bingkas bangun mengatakan setuju dengan usulan yang dikemukakan oleh Bung Mokhtar.

“Saya percaya, setiap dari kita tidak akan membenarkan agama suci kita, agama Islam dihina oleh mana-mana pihak. Semua tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Alvin dan Vivian yang mempersendakan agama Islam.

“Jadi, saya menyokong usul yang dikemukakan oleh YB Kinabatangan dan mahukan tindakan segera diambil kepada mereka berdua,” kata Anwar.

Di sini jelas menunjukkan pendirian Anwar mempertahankan agama Islam dari terus dipersendakan oleh mana-mana pihak sekali pun memandangkan agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia, juga majoriti rakyat di negara ini adalah beragama Islam.

Memang tidak dinafikan apabila Anwar menyokong usul untuk semua pihak mempertahankan agama Islam dan tindakan yang tegas perlu diambil, memperlihatkan ciri beliau seorang pemimpin yang tidak mahu isu penghinaan agama dipandang remeh.

Namun, itu hanyalah dari sisi yang lain. Bagaimana pula dengan isu bersabit ketegasan beliau mempertahankan kalimah Allah S.W.T yang tidak boleh diguna pakai oleh agama lain? Langsung tidak sama dengan pendirian beliau dalam hal Alvin dan Vivian.

Umum mengetahui isu DAP mahukan kalimah Allah S.W.T dibenarkan diterjemahkan dan diguna oleh masyarakat bukan Islam khususnya di kalangan penganut Kristian dalam Bible berbahasa Melayu menjadi isu panas sebelum PRU13 lagi.

Permintaan DAP itu disokong sepenuhnya oleh Anwar (PKR) dan Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang. Dek kerana sokongan itu, PR dikecam teruk oleh rakyat kerana ia menunjukkan agama Islam adalah agama yang mudah dipersendakan, hinggakan Tuhan yang satu juga mahu diduakan atau ditigakan oleh agama lain.

Dan kerana kecaman dan kutukan yang diterima membuatkan parti PAS ‘memusing’ pendirian mereka yang juga sebulat suara dengan Majlis Syura Ulama PAS tanpa ragu-ragu dengan keputusan sebulat suara tidak membenarkan kalimah Allah S.W.T diterjemahkan dan diguna.

Pun begitu, Anwar masih lagi tidak berganjak dengan pendirian mengatakan penggunaan kalimah Allah S.W.T tidak ada salahnya bagi pengganut agama lain. Sokongannya dikukuhkan lagi dengan membuat kenyataan dalam ceramah politik di Ketereh di hadapan ahli dan penyokong PAS meletakkan tanggungjawab membuat rumusan Majlis Presiden Pakatan kepada Ustaz Hadi Awang.

Dikatakan Ustaz Hadi Awanglah yang melakarkan kenyataan dan membacakannya dan teks itu jugalah yang dipersetujui oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Jadi, bila mana Anwar menyokong tindakan tegas diambil kepada Alvin dan Vivian, ia menimbulkan satu prasangka terhadap kenyataan beliau itu. Ini kerana isu kalimah Allah S.W.T nampaknya tidak reda-reda hingga sekarang. Ditambah pula dengan campur tangan dari kedutaan Vatican di Malaysia.

Semua pihak perlu melihat isu berbangkit ini dengan jelas. Kenapa Anwar mudah menyatakan beliau menentang tindakan yang dibuat oleh Alvin dan Vivian. Memang betul tidak ada salahnya pendirian Anwar menentang pihak yang mempersendakan agama Islam dan mempermainkan kesucian bulan Ramadhan.

Tetapi, jika diambil kira pendirian Anwar dalam isu mempertahankan kalimah Allah boleh digunakan oleh pengganut agama Kristian, apakah ia tidak dilihat menentang Tuhan agama Islam iaitu Allah S.W.T? Inilah menampakkan pendirian Anwar mengenai Islam adalah tidak selari.

Dan bila mana Bung Mokthar membangkitkan isu campur tangan duta Vatican City, Uskup Agung Joseph Marino bersetuju dan menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia, Anwar hanya mendiamkan diri dan tidak membantah sama seperti isu Alvin dan Vivian.

Pokok utamanya, adakah kenyataan Anwar itu menepati sokongan beliau di awal tadi yang tidak mahu agama Islam dipermainkan oleh mana-mana pihak kerana, isu kalimah juga salah satu cara agama Islam dipermainkan dan dihina oleh pihak-pihak tertentu.

Apa-apa pun bagi Anwar, bermain politik memang bidang kepakarannya. Soal benar atau salah dalam hal agama Islam, bukan menjadi soal pertama. Dari sudut pemikiran Anwar, gelanggang politik beliau yang salah boleh jadi betul, dan yang betul boleh jadi salah seperti yang sering beliau lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana