Antara Saman Malu & Dakwaan Liwat, Mana Lebih Serius?

Tidak nampak apa masalah dengan kes saman malu yang dihadapi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ini. Apa isu yang besar sangat sehinggakan Dewan Rakyat diguna untuk membincangkan isu tersebut?

Kebetulan atau sengaja diada-adakan, peguam yang mewakili plaintif dalam kes saman itu adalah juga ahli Parlimen DAP, Gobind Singh yang juga anak kepada Karpal Singh.

Jelas sangat isu itu berkepentingan peribadi dan perniagaan dan imuniti dalam dewan digunakan untuk mencetus provokasi dan sentimen buruk terhadap Zahid. Modus operandi biasa, cetus sentimen dulu, kemudian bodoh-bodoh penyokong pembangkang di bawah ini akan mensensasikan isu tersebut dalam pelbagai cara setiap kali bercakap tentang Zahid Hamidi.

Tapi aneh, dalam masa yang sama Ketua Pembangkang kita terbabit dengan dakwaan jenayah, liwat. Rayuan kes tersebut yang khabarnya akan di dengar bulan ini, silap-silap boleh menghantar semula Anwar Ibrahim ke penjara buat kesekian kalinya sejak dibebaskan atas alasan teknikal pada 2004.

Patutnya dakwaan itu yang kecoh, apa kes tahun 2006 ini pulak yang dijadikan isu besar?

Saman malu ini macam beli ekor juga, semua orang boleh beli tapi bukan semua orang boleh kena. Apatah lagi dalam isu membabitkan kepentingan politik macam ini dimana pembangkang sengaja melibatkan diri atas sebab yang kita semua tahu.

Kalau tak salah penulis, ramai juga ahli Parlimen pembangkang yang sedang menghadapi saman malu, antaranya Anwar sendiri dan Ahli Parlimen Pondan eh silap, Pandan, Raspussy Ramli. Jadi apa masalah yang besar sangat tu?

Jadi penyokong pembangkang janganlah riuh sangat tentang isu saman malu Zahid ini, bukan ada apa sangat. Dalam kandang awak tu sendiri pun begitu ramai orang yang menghadapi saman malu tapi tidak pernah pulak nampaknya dijadikan isu.

Malah antara yang dikatakan itu telah dinamakan untuk jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II dan sebagainya kalau Pakatan haram ini berjaya memerintah negara (cerita mustahil), kenapa tidak ada masalah?

Jelas sangat ini isu politik, bukan isu berkepentingan rakyat. Tidak seharusnya kelebihan dalam Dewan digunakan untuk kepentingan peribadi dan perniagaan di luar. Kalau rasa nak jadi peguam, jadi peguam terus, campur aduk dengan tugas yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat buat apa?

Lagipun, sejak sidang parlimen bermula, belum lagi penulis dengan ada ahli parlimen pembangkang ini yang bawah isu-isu rakyat di kawasan masing-masing, lebih banyak bawak isu-isu nasional saja, apa hal? Selesa sangat, confirm tak boleh kalah dah ke?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana