Ahli keturunan India jadi mangsa Guan Eng?

KUALA LUMPUR: Ahli DAP berketurunan India didakwa bakal menjadi mangsa yang tidak akan dipilih untuk menyertai DAP baharu jika pendaftaran parti itu dibatalkan oleh Pendafar Pertubuhan (ROS).

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, kumpulan pertama yang pastinya disingkirkan oleh ‘geng’ pemimpin tertinggi utama DAP adalah 753 ahli yang tidak dibenar mengundi dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) lalu.

“Oleh itu, memang benar perkara ini berlaku (dakwaan pemindahan pemilikan aset DAP). Mereka pindah di atas nama-nama orang kepercayaan dia (Setiausaha Agung Lim Guan Eng) dengan harapan parti kini dibatalkan dan tubuh yang baharu serta semua dianggotai oleh geng dia.

“Ini memang rancangan dia (Guan Eng dan bapanya). Kebanyakan yang dia nak singkirkan ialah ahli India terutama 753 orang itu,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Beliau mengulas dakwaan aktivis MIC, Datuk R Ramanan baru-baru ini bahawa DAP sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti yang bernilai jutaan ringgit kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Aktivis itu mendakwa rancangan berkenaan dipercayai berkait rapat dengan tekanan yang sedang dihadapi DAP supaya diadakan semula pemilihan CEC.

Razali menggesa Guan Eng supaya berterus terang dan menjawab dakwaan tersebut sekiranya tidak benar demi memberi kelegaan kepada semua ahlinya, terutama berketurunan India.

“Saya harap dia berterus terang meskipun saya yakin dia tidak akan berbuat demikian. Guan Eng pandai putar belit kononnya dia sahaja yang baik. Dia akan buat apa sahaja bagi meneruskan ‘Dinasti Lim’,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana