48 jam: Tentera Mesir paksa presiden berundur...

Pasukan tentera Mesir hari ini memberi amaran bahawa jika Presiden Mohamed Morsi gagal memenuhi kehendak rakyat dalam tempoh 48 jam, mereka akan campur tangan, selepas berjuta-juta rakyat negara itu mengadakan protes di jalanan yang mendesak supaya beliau berundur.

Kenyataan tentera yang dibaca menerusi siaran televisyen tempatan itu disambut baik oleh pihak pembangkang yang berkhemah di Dataran Tahrir, Kaherah sejak beberapa hari lalu.

Arahan terbaru tentera itu berikutan kehendak rakyat yang mahukan Morsi berundur dan tentera memberi tempoh 48 jam sebagai peluang terakhir untuk beliau menjalankan tanggungjawab itu.

"Jika tuntutan orang awam tidak dipenuhi dalam tempoh ini... (angkatan tentera) akan mengumumkan pelan tindakan dan langkah-langkah untuk mengawasi pelaksanaan pada masa depan," kata kenyataan itu.

Semalam  jutaan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya menuntut Morsi meletak jawatan dan militan bertindak membakar ibu pejabat Ikhwanul Muslimin.

Lima maut ketika penunjuk perasaan memenuhi jalan raya seluruh Mesir mendesak Mursi berundur, dalam bantahan yang menyamai kebangkitan rakyat pada 2011.

Generasi muda bersatu dengan parti liberal dan pembangkang berhaluan kiri dalam tentangan hebat pada ulang tahun pertama Morsi sebagai presiden kelmarin, melaungkan rakyat menuntut kejatuhan rejim.

Demonstrasi, yang mengumpulkan setengah juta rakyat di Dataran Tahrir di Kaherah dan jumlah sama di Iskandariah, adalah terbesar sejak kebangkitan rakyat yang menumbangkan pemerintahan Hosni Mubarak pada 2011.

Morsi, pemimpin yang dipilih secara bebas pertama di negara paling ramai penduduk itu, tidak kelihatan tetapi menjelaskan menerusi jurucakap yang beliau ada melakukan kesilapan sambil menambah sedang berusaha memperbaikinya dan terbuka untuk mengadakan dialog. Beliau juga tidak menunjukkan tanda meletak jawatan.

Bantahan besar-besaran itu menunjukkan Ikhwanul Muslimin bukan saja meminggirkan puak liberal dan sekular dengan berusaha menegakkan pemerintahan Islam tetapi juga menaikkan kemarahan jutaan penduduk biasa Mesir dengan salah urus ekonomi.

Pelancongan dan pelaburan merudum, inflasi semakin menjadi-jadi, bekalan minyak berkurangan manakala pemotongan bekalan elektrik dipanjangkan pada musim panas.

Puluhan militan menyerang ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Kaherah dengan senapang patah, bom petrol dan batu, membakarnya.

Tiada polis atau bomba memberi perlindungan kepada ibu pejabat parti itu, manakala saksi berkata, pengawal di bangunan menembak penyerang. Dua maut dan 11 cedera dalam pertempuran itu, kata sumber hospital.

Penganjur bantahan menggesa rakyat terus menawan dataran di seluruh negara dalam kempen aman bantahan secara aman sehingga Morsi berundur.

Berpuluh ribu penunjuk perasaan berada di Dataran Tahrir selepas tengah malam, meneruskan bantahan

Tentera menonjolkan sikap berkecuali menunjukkan isyarat muhibah kepada penunjuk perasaan selepas menggesa ahli politik bekerjasama menyelesaikan masalah negara.

Beberapa polis berarak dalam kalangan penunjuk perasaan di Kaherah dan Iskandariah, melaungkan polis dan rakyat adalah satu dan beberapa pegawai kanan memberi ucapan- AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana