Tasputra Perkim Akan Dipertahankan

KUALA LUMPUR : Tanah yang menempatkan pusat jagaan untuk kanak-kanak kurang upaya, Tasputra Perkim, Jalan Ampang Hilir, di sini akan dipertahankan daripada diambil semula kerajaan untuk tujuan pembangunan.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, beliau akan berusaha memastikan tanah kurang 0.4 hektar itu dikecualikan daripada sebarang projek pembangunan supaya peranan pusat tersebut dalam membela nasib 52 penghuninya dapat diteruskan.

Menurutnya, beliau telah pun berbincang dengan pihak berwajib serta pakar bidang berkaitan dan mendapati, tanah yang menjadi pusat itu beroperasi sejak 1987 boleh diselamatkan daripada diambil semula.

“Saya akan meminta kerajaan mewartakan tanah tersebut untuk Tasputra Perkim, dalam mencapai perkara ini, semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama dalam merealisasikan matlamat ini.

“Kerajaan boleh melakukan pembangunan di kawasan sekitar ini tetapi tanah Tasputra Perkim jangan diambil kerana menjadi simbol terhadap usaha-usaha kebajikan dalam membela nasib kanak-kanak kurang upaya,” katanya kepada pemberita pada program Charity Jumble Sale 2013 di pusat itu hari ini.

Mengulas lanjut, Johari menjelaskan, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan berhubung notis yang dikeluarkan jabatan tersebut kepada Tasputra Perkim pada 17 April lalu.

Katanya, perkara tersebut juga akan dibawa kepada pihak lebih tinggi jika perlu dalam menjamin kelangsungan operasi pusat itu yang telah memberi sinar kepada ribuan kanak-kanak kurang upaya pelbagai kaum di seluruh negara.

“Mari kita berikan seratus peratus dalam mempertahankan tanah ini, mari kita bersama-sama meminta kerajaan memberikan tanah ini kepada Tasputra Perkim dan para penghuninya,” katanya..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana