Tanah mendap: Penduduk rayu bantuan menteri...Mananya Kerajaan Selangor?

SHAH ALAM: Penduduk Pangsapuri Indahria, Seksyen 22, Shah Alam hari ini meminta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campurtangan dalam menyelesaikan masalah tanah mendap di kawasan ini yang semakin hari semakin kritikal.

Seorang wakil penduduk, Aimanudin Kamaruddin menjelaskan sehingga kini masih tiada usaha dari pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun banyak kali aduan dilakukan.
"Kalau pihak PBT terutama MBSA dan Datuk Bandar atau MB tidak ambil tindakan segera, kami mohon kepada Menteri Kerajaan Tempatan yang baru untuk turun sendiri lihat keadaan rakyat yang beri mandat krpada beliau memegang tampuk kerajaan nak bela nasib kami di sini."

"Keadaan sekarang semakin kritikal, jadi kita minta pihak berkenaan terutama MBSA, dan paling penting Datuk Bandar sendiri jangan pandai buat janji. Turun ke Indahria dan lihat sendiri. Jangan hanya pantau dari pejabat sahaja dan tunggu maklumat dari pegawai bawahan sahaja."
Beliau yang juga Jawatankuasa Majlis Tindakan Bencana Indahria berkata, sepanjang masalah ini berlaku, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak pernah turun padang, dan janji-janji yang ditabur exco kerajaan tiada satu pun ditunaikan.
"Saya minta MB sendiri, Tan Sri Khalid turun ke Indahria untuk melihat sejauh mana penderitaan dan hati kami yang tak tenteram bila berlakunya sesuatu gegaran dari laluan kereta api, ini menimbulkan rasa cemas."
"YB Rodziah berjanji semua kerja dah siap, penduduk sendiri telefon Hanif Basri (MBSA) dan beliau kata design belum siap lagi. Pihak IKRAM baru nak buat design itu. Jadi apabila kita telefon pegawai Hanif Basri mereka kata semua kerja dah siap dan nak bentang kepada Exco. Mana satu kita nak percaya?"

Mengulas lanjut ketika ditemui pemberita, Aimanudin berkata aduan telah dibuat sejak tahun 2010, dan semenjak ia semakin meruncing, dianggarkan seramai 20 keluarga telah berpindah keluar dari kediaman ini.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana