Sindiran sinis KJ Buat FAM...Terbaik Lah Rembau Most Wanted....

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya mendengar pandangan ahli gabungan yang berpengalaman sekiranya tidak mahu mendengar cakapnya yang dianggap sebagai ‘menteri hingusan’.

Sindiran pedas Khairy itu sudah pasti memberi petanda jelas beliau turut menuntut FAM tampil memberi penjelasan ke mana wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), dibelanjakan.
“Kalau tak mahu dengar cakap saya yang dianggap menteri hingusan ini, tolonglah dengar cakap orang yang lebih berpengalaman,” kata Khairy ketika ditemui pada pertemuan dengan barisan kepimpinan Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini, semalam.

Tahu apa berlaku dalam FAM 

Beliau berkata, semuanya kini terpulang kepada FAM untuk memberi butiran ke mana wang tajaan itu dibelanjakan kepada Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM sebelum ini dan tahu apa yang berlaku dalam badan induk itu tetapi saya tidak mahu ulas panjang mengenai hal ini.

“Bagi saya, FAM perlu mendengar apa yang disuarakan oleh ahli gabungan dan peminat bola sepak tempatan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana