Selepas blackout 505, petisyen... apa lagi pembangkang mahu?

Sekurang-kurangnya 56 petisyen difailkan BN dan pembangkang selepas tempoh berbuat demikian tamat pada Rabu.

Sebanyak 21 petisyen dikemukakan BN manakala bakinya 35 lagi babitkan parti-parti pembangkang sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tiada pemilihan ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh dipertikaikan kecuali  dengan  petisyen ke Mahkamah Tinggi.

Pada pilihanraya umum 1999, sebanyak 40 petisyen difailkan manakala pada 2004 (3) dan 2008 sebanyak 29 petisyen.

Dengan jumlah 56 petisyen selepas PRU 13, angka itu paling tinggi pernah difailkan.

Pembangkang diwakili DAP, PKR dan PAS tentu amat berharap sekurang-kurangnya 27 petisyen di peringkat Parlimen dapat menaikkan semangat mereka untuk menguasai Putrajaya.

Jika mereka menang 23 petisyen bermakna bilangan kerusi pembangkang bertambah daripada 89 kepada 112  cukup untuk majoriti mudah mengambil alih kerajaan daripada BN.

Pembangkang juga memfailkan jumlah petisyen bagi DUN Perak dan Kedah dengan harapan menang dan merampas semula dua negeri itu yang dimenangi BN.

Namun, impian pembangkang bukan semudah disangka kerana tidak semua petisyen yang difailkan akan dibicarakan di mahkamah.

Menurut Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, setiap petisyen hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh dikemukakan.

Apapun, jika kes di bicarakan dan ada pihak tidak puashati dengan keputusan, rayuan boleh dikemukakan di mahkamah Persekutuan yang akan memuktamadkan keputusan.

Bagi pembangkang yang berharap petisyen ini boleh membuka jalan ke Putrajaya, eloklah mereka lupakan sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana