SATU SAHAJA MATLAMAT ANWAR : NAK JADI PERDANA MENTERI

Semua pemimpin parti politik termasuk ahli biasa pun ingin nak jadi ketua parti dan perdana menteri. Oleh kerana hanya satu sahaja jawatan ketua parti atau perdana menteri maka mereka terpaksa terima hakikat jika hasrat mereka tidak tercapai.Walaupun semua usaha beliau gagal, Anwar Ibrahim berdegil mahu jadi perdana menteri. Harapan beliau dapat menumbangkan kerajaan BN dalam PRU ke 13 juga tidak kesampaian.Walaupun Pakatan kalah, 13, Anwar enggan menerima keputusan PRU ke 13. Beliau mengadakan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara untuk menjatuhkan kerajaan BN yang sah dengan cara kekerasan supaya dapat menjadi perdana menteri.Semasa di universiti lagi individu ini telah menentang dasar-dasar kerajaan dengan mengadakan perhimpunan, demonstrasi dan sebagainya. Beliau juga menggunakan ABIM untuk kepentingan peribadi.Selepas gagal melakukan apa-apa beliau buat keputusan untuk menyertai UMNO pada awal tahun 80an.

Beliau memberi alasan bahawa mahu buat perubahan dari dalam dengan menyertai UMNO setelah gagal melakukannya dari luar.Selepas menyertai UMNO, pembaharuan yang dilakukan Anwar ialah mewujudan kronisme, nepotisme dan politik wang. Beliau bukan membuat perubahan positif tetapi perubahan yang melingkupkan UMNO. Beliau menjadi kuda Dr. Mahathir yang pada ketika itu adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Beliau menggunakan kronisme, nepotisme dan politik wang untuk mendapat jawatan dalam parti sampai menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau mendapat sokongan kuat daripada Dr. Mahathir selaku Presiden untuk menaiki “hierarchy” dalam parti. UMNO berhadapan dengan lebih banyak masalah selepas Anwar menjadi ahli.Pada masa itu tidak ada orang yang berani mengkritik atau menentang Anwar kerana beliau adalah orang yang paling disayangi oleh Dr. Mahathir.Beliau boleh melakukan apa sahaja dalam parti dan negara tanpa dihalang oleh sesiapa pun.

Dr. Mahathir percaya sangat kepada Anwar.Amalan politik wang berleluasa dalam UMNO kerana Anwar. Banyak pemimpin UMNO yang berwibawa dan berjuang untuk bangsa, agama dan negara gagal mendapat jawatan dalam parti. Semua jawatan dibolot oleh mereka yang menggunakan wang untuk membeli sokongan.Hanya mereka yang sanggup membelanjakan wang dapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding bagi mana-mana jawatan. Amalan politik wang telah memaksa majoriti pemimpin UMNO menyalahgunakan kuasa atau terlibat dengan rasuah untuk mendapat wang. Pemimpin yang tidak beramanah dan tiada integriti mendapat jawatan dalam parti. Inilah pembaharuan yang dilakukan oleh Anwar semasa berada dalam UMNO.Berpuluh-puluh syarikat “Kontraktor Bumiputra Berwibawa Kelas A” ditubuhkan oleh Anwar semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Syarikat-syarikat ini dimiliki oleh kroni-kroni beliau.Mereka diberi kontrak secara runding terus dengan harga yang amat tinggi. Hubungan Anwar dan Dr. Mahathir adalah seperti anak dan bapa.

Sudah tentu penubuhan berpuluh-puluh syarikat “Kontraktor Bumiputra Berwibawa Kelas A” itu direstui oleh Dr. Mahathir.Selain itu Anwar telah banyak melakukan salahgunakan kuasa semasa memegang jawatan dalam kerajaan BN. Beliau telah melantik orang-orang yang tidak layak untuk memegang jawatan-jawatan tertentu. Sebagai contoh, Anwar melantik Nallakarupan menjadi pengarah dalam syarikat judi yang tersenarai di Bursa Saham dan Shamshidar selaku penasihat sebuah bank dan banyak lagi. Pengkritik-pengkritik Anwar pula hilang kerja atau diberhentikan. Bukankah ini satu kezaliman dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Anwar?Oleh kerana tidak sabar nak jadi perdana menteri, Anwar mahu mencabar Dr. Mahathir dalam pemilihan parti pada ketika ekonomi dunia meleset dan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan genting kerana ringgit telah diserang oleh George Soros, seorang penyangak mata wang asing. Anwar selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tidak berupaya untuk menyelamatkan ekonomi negara. Dalam keadaan seperti ini pun beliau mencari jalan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dan bukan untuk menyelamatkan ekonomi negara.Beliau minta bantuan daripada IMF kerana beliau tahu IMF akan letak syarat-syarat tertentu termasuk syarat untuk Dr. Mahathir berundur.

Bagi beliau inilah jalan yang paling mudah untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dan menjadi perdana menteri.Anwar mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya untuk menjadi perdana menteri. Nasib tidak menyebelahi Anwar kerana Dr. Mahathir sudah buka mata dan sudah nampak bahawa orang yang beliau paling sayangi sebenarnya adalah musuh dalam selimut.Dalam bulan Mei 1995, seorang ahli UMNO dari Kubang Pasu telah memberitahu Dr. Mahathir bahawa dibawah Anwar selaku Menteri Kewangan kaum Melayu menjadi mundur dan bukan maju. Dr. Mahathir terkejut mendengarnya.Beliau menyerahkan bukti kepada Dr. Mahathir bagi menyokong kenyataannya itu. Beliau juga memberi penjelasan panjang lebar kepada Dr. Mahathir.Setelah melihat bukti dan mendengar penjelasannya, Dr. Mahathir memebritahu ahli tersebut bahawa beliau akan buat sesuatu tetapi ia akan makan masa. Akhirnya Dr. Mahathir mengambil tindakan terhadap Anwar dengan memecat beliau daripada UMNO. Anwar juga hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri.Selepas dipecat, Anwar bersama rakan-rakan lain seperti Azmin Ali, Ezam, Roslan, Hishamuddin dan ramai lagi mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Sebelum PRU ke 10 pada tahun 1999 Anwar telah di penjarakan oleh mahkamah atas kes liwat. Anwar gagal menjatuhkan Dr. Mahathir melalui demonstrasi jalanan.Akhirnya penyokong Anwar menubuhkan sebuah parti baru dan bertanding di dalam PRU ke 10 pada tahun 1999.Pada ketika itu mereka berkerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Mereka gagal mengalahkan BN dalam PRU tersebut dan PRU-PRU seterusnya pada tahun 2004, 2008 dan terkini 2013.Walaupun dipecat daripada UMNO, hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri, masuk penjara kerana kes moral, parti beliau kalah dalam PRU ke 10 pada tahun 1999 dan PRU-PRU seterusnya pada tahun 2004,2008 dan 2013, Anwar masih menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri.Anwar dibebaskan oleh mahkamah sebelum PRU ke 12 pada tahun 2008.Perdana Menteri pada ketika itu, Pak Lah dan menantu beliau Khairy patut dipersalahkan dalam hal ini. Selepas dibebaskan beliau memulakan kempen untuk menjatuhkan BN. Parti beliau, PKR menjalinkan kerjasama dengan PAS dan DAP dalam setiap PRU sejak 1999.Anwar telah menyakinkan pemimpin PAS dan DAP bahawa beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui pembangkang dibawah Pakatan. Maka Anwar dilantik sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan menang dalam PRU ke 13.Anwar adalah seorang yang pandai menipu rakyat. Beliau juga pandai memutar-belitkan fakta untuk mendapat sokongan rakyat. Yang betul pun beliau boleh menyakinkan rakyat supaya tidak percaya. Demonstrasi di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur pada hari hakim nak baca keputusan dalam kes liwat Saiful Bukhari adalah untuk menakutkan hakim.Walaupun salah mengadakan demonstrasi di depan mahakamah tetapi bagi Anwar tindakan itu adalah betul.Walaupun Pakatan dibawah kepimpinan Anwar gagal menewaskan BN dalam PRU ke 13 Anwar enggan menerima keputusannya.Beliau menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Anwar patut sedar bahawa dulu pun beliau gagal menjatuhkan Dr. Mahathir dengan cara ini. Beliau juga gagal menewaskan BN dalam empat PRU bermula daripada 1999 hingga 2013.Maka beliau perlu berhenti menggunakan cara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.DAP mungkin ada muslihat disebalik sokongannya kepada Anwar tetapi PAS yang memperjuangkan Islam patut tidak menyokong Anwar untuk jawatan perdana menteri.

Pemimipin dan penyokong PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa memohon kepada Allah SWT untuk memberi kemenangan dalam PRU ke 13. Mereka tidak juga menang. Walaupun Pakatan kelihatan begitu kuat tetapi masih gagal mengambil Putrajaya. Kenapa Pakatan kalah?Adakah kerana mereka memilih orang bermasalah untuk jawatan perdana menteri jika Pakatan menang? Mereka perlu kaji dimana silapnya?Anwar pandai putar belit, tidak mahu menerima kesalahan sendiri, pandai mencari kesalahan orang lain, pandai menuding jari dekat orang lain, pandai reka cerita untuk menarik perhatian orang ramai, pandai menyakinkan orang ramai supaya percaya dia, pandai cakap pasal agama, jadi imam dan macam-macam lagi yang beliau boleh melakukan untuk kepentingan peribadi. Ramai orang sudah sedar dan sudah mula percaya bahawa Anwar adalah kaki temberang. Beliau mempunyai masalah. Dengan biodata seperti ini, adakah Anwar layak menjadi Perdana Menteri Malaysia? Sudah tentu “TIDAK”.Dari zaman muda sampai ke hari ini, Anwar tidak berubah. Beliau sentiasa mencari jalan untuk mengajak rakyat menentang kerajaan melaui perhimpunan dan demonstrasi jalanan. Beliau berhenti melakukan perbutan ini seketika apabila berada dalam UMNO.Setelah dipecat daripada UMNO beliau kembali menentang kerajaan serta menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan. Beliau melakukan semua ini hanya untuk satu tujuan iaitu nak jadi perdana menteri. Gila sangat nak jadi perdana menteri.PAS patut buka mata dan sedar bahawa Anwar tidak layak memimpin mereka kerana mempunyai banyak masalah termasuk isu moral dan salahguna kuasa semasa berada dalam UMNO. Lebih baik jika PAS berkerjasama dengan UMNO untuk memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana