Saman SPR: Tindakan Guan Eng tak munasabah

PUTRAJAYA: Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Persekutuan berhubung pilihan raya kerajaan tempatan disifatkan tidak munasabah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KBPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata tindakan Guan Eng itu tidak akan diberi keutamaan pihaknya walaupun ada hubung kait dengan kementerian terbabit.

Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam kementerian, walaupun isu pemilihan kerajaan tempatan ini harus difikirkan, namun dengan keadaan politik kita sekarang, lebih baik saya memberi keutamaan kepada isu lain.

Saya tahu, nanti mereka (pemimpin pembangkang) akan kata kita tidak demokratik. Untuk apa kita adakan pilihan raya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) jika ia sudah adakan di peringkat Persekutuan dan negeri, katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini semalam.

Abdul Rahman mengulas tindakan Guan Eng menyaman Kerajaan Persekutuan dan SPR bagi membolehkan pilihan raya PBT diadakan di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Dalam saman itu, kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa Perkara 111(4), Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesebuah kerajaan negeri memberi kuasa kepada SPR bagi menjalankan pilihan raya selain pilihan raya umum.

Sementara itu, katanya, JBPM akan menubuhkan pusat sehenti di 265 balai bomba dan penyelamat di seluruh negara bagi membantu mangsa kebakaran dalam urusan pasca kecemasan.

Abdul Rahman berkata, antara bantuan yang akan diberikan seperti mendapatkan semula dokumen penting yang musnah, penyediaan laporan kebakaran dan laporan polis.

Pusat sehenti itu akan memudahkan mangsa kebakaran yang kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, surat nikah dan sebagainya untuk membuat permohonan.

Pihak bomba akan menyelaras permohonan itu dengan mengambil tindakan proaktif menghubungi jabatan dan agensi yang berkenaan. Ia antara pendekatan baharu jabatan untuk mendekati masyarakat, " katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana