PR cadang tolak penubuhan j/k khas pantau SPR...Peliklah Mustafa Ali..Patutnya Menyokong

PETALING JAYA: Dalam kelantangan menuntut perubahan proses pilihan raya, pembangkang gagal menyatakaan pendirian jelas berhubung cadangan kerajaan memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen dwi-partisan.

Majlis Pimpinan Pakatan berpendapat cadangan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dikatakan 'masih tidak berbangkit buat masa ini'.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mendakwa cadangan itu sebagai strategi kerajaan untuk mengalihkan fokus rakyat daripada isu sebenar iaitu kegagalan SPR mengendalikan pilihan raya ummum yang bersih dan adil, 5 Mei lalu.

Pakatan katanya berpendirian isu kegagalan SPR itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Saya rasa tak berbangkit lagi oleh kerana semua cadangan pembentukan itu untuk melarikan fokus rakyat kepada persoalan sebenar tentang kegagalan SPR mengendalikan pilihan raya ini.

"Sebab itu pada kita tak perlu...selesaikan dulu perkara-perkara yang kita bangkitkan sekarang," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa mendakwa khabar angin Barisan Nasional (BN) bakal mengemukakan 50 petisyen bantahan keputusan PRU13 menunjukkan keraguan parti pemerintah itu sendiri terhadap SPR.

"Jadi kalau BN pun fail (petisyen), maknanya ada perkara juga yang dia tak puas hati dengan SPR. Menunjukkan SPR gagal dalam banyak perkara untuk mengendalikan pilihan raya," ujar beliau.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan BN itu sebagai alasan yang paling kuat mengapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu melepaskan jawatan mereka.

PRU13 katanya mencatatkan sejarah tersendiri memandangkan tidak pernah berlaku sebelum ini di mana 90 petisyen bantahan dicadang untuk dikemukakan.

"Dalam sejarah kita, satu (atau) dua kes dikemukakan setiap kali selesai pilihan raya. Belum pernah dalam sejarah, sampai dekat 90 petisyen dicadangkan untuk dikemukakan.

"Ini sahaja cukup alasan untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi suruhanjaya letak jawatan segera kerana cuai, terlibat dalam kegiatan curang dan penipuan dalam pilihan raya," katanya.

Turut menyertai sidang media tersebut adalah veteran DAP, Lim Kit Siang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana