PM akui kerajaan 'perlu belajar' tangani perang persepsi

Sekalipun pilihanraya umum ke 13 belum sampai sebulan berlalu,namun ada orang mengaku merasa keadaan hari ini seolah macam baru esok nak pilihanraya.

'Tembak menembak' politik tetap rancak khususnya di alam internet.Satu kepakaran puak pembangkang ialah mencipta isu dan memutar segalanya seolah tidak ada satu benda pun yang betul di negara ini.

Lawak memang lawak tetapi inilah keadaannya.Masalahnya ada orang percaya sekalipun yang muncul itu adalah temberang kosong.

Contohnya macam cerita konon ada 40,000 pengundi hantu diterbangkan ke semenanjung masa PRU 13 untuk bantu menagkan BN.

Sedangkan hingga hari ini belum ada bukti kukuh dikemukan pembangkang mengenai dakwaan itu.

Namun cerita dongeng yang mengarut ini diulang dan diulang macam betul berlaku untuk mempertikaikan keputusan PRU13.

Dilema seperti ini terus menerus perlu dihadapi oleh kerajaan.

Malah Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kelemahan kerajaan  ialah menangani perang persepsi khususnya yang dicetuskan di alam siber untuk memburukkan kerajaan pimpinannya.

Katanya kerajaan kena belajar bagaimana hendak tangani serangan itu.

Berucap pada perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri selepas PRU 13,beliau berkata persepsi boleh diwujudkan dalam berbagai bentuk.

Beliau menyebut antaranya menerusi facebook.

Menurut Perdana Menteri ramai yang terpengaruh dengan serangan berterusan itu.

Serentak dengan itu Najib meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan.

Beliau mengingatkan gelagat yang negatif ini menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.

Katanya sebagai rakyat yang menerima proses demokrasi, mereka seharusnya menerima keputusan hasil daripada proses pilihan raya.

Baginya ia penting kerana ini dapat menunjukkan mereka adalah pengamal demokrasi yang matang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana