Pendakwaan terhadap Khir Toyo bukan faktor politik - Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir Toyo dibuat berdasarkan keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau untuk menjadikan bekas Menteri Besar Selangor itu sebagai 'kambing hitam'.

Beliau berkata Dr Mohamad Khir diwakili barisan peguam ternama serta berpengalaman dan kes melibatkan bekas pemimpin itu sudah ke peringkat Mahkamah Rayuan dan didengar tiga hakim kanan.

"Seharusnya Khir Toyo berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Gani membuat kenyataan itu susulan tulisan Dr Mohamad Khir dalam blognya berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei lepas yang menolak rayuannya bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara 12 bulan terhadap beliau kerana kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam pada 2007.

Dalam pada itu, Peguam Negara menegaskan tidak pernah ada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas dirinya.Abdul Gani berkata beliau membuat keputusan untuk mendakwa Dr Mohamad Khir berdasarkan keterangan yang diperoleh hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bersandar kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan pertuduhan terhadap sesiapapun.

"Tidak pernah ada campur tangan politik dan tidak akan dibiarkan campur tangan politik dalam perkara-perkara melibatkan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata daripada menuding jari kepada mana-mana pihak kononnya wujud unsur konspirasi atau tekanan, langkah terbaik yang perlu diambil Dr Mohamad Khir ialah menyediakan pembelaan di peringkat akhir rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL