Pemilihan Saifuddin Satu Penghinaan Dan Tindakan Campur Tangan Anwar Di Selangor

KUALA LUMPUR , 4 Jun – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyifatkan pemilihan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor sebagai satu usaha dan tindakan campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan Anwar melantik Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor seakan-akan meremeh dan menidakkan keupayaan dan kewibawaan ADUN-ADUN serta Ahli-ahli Parlimen dari PKR, Pas , DAP bahkan BN di Selangor yang telah dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

“Saifuddin merupakan bekas Ahli Parlimen di Kelantan (Parlimen Machang) dan merupakan bekas calon yang bertanding tetapi kalah di Kedah. Beliau merupakan calon yang tewas dan tidak diterima oleh rakyat pada PRU13 yang lalu berbanding dengan berpuluh-puluh ADUN dari Pakatan dan 12 ADUN BN yang telah dipilih rakyat di Selangor baru-baru ini.

“Sehubungan dengan itu, Anwar Ibrahim dan Saifuddin tidak perlu masuk campur pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebaliknya beliau wajar menghormati Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipilih sebagai Menteri Besar untuk penggal yang kedua, yang turut berjanji akan melaksanakan dan menunai aku janji manifesto pakatan ketika beliau mengaangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru-baru ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Justeru tegas beliau GAPS turut menasihatkan Anwar Ibrahim agar bukan sahaja tidak mencampuri pentadbiran kerajaan Selangor sebaliknya menumpukan kepada kes-kes mahkamah yang akan dihadapinya di mahkamah rayuan dalam kes ‘liwat’ terhadap Saiful Bukhari Azlan dalam masa-masa yang terdekat ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL