Pas Selangor tetap tuntut jawatan khas MB

SHAH ALAM 3 Jun - Pas Selangor tetap menuntut agar kerajaan negeri melantik wakil parti itu bagi mengisi jawatan khas setara Pegawai Perhubungan Politik seperti mana yang bakal diberikan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, meskipun tiada perbincangan dibuat melibatkan kepimpinan Pas Selangor atau kerajaan negeri setakat ini, pihaknya masih berpegang kepada tuntutan tersebut seperti mana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Dr.Abdul Rani Osman sebelum ini.Beliau berkata, jawatan seumpama itu sekiranya diluluskan kerajaan negeri, ia tidak sewajarnya hanya diwakili oleh pemimpin daripada satu parti sahaja.

"Meskipun Pas Selangor telah mengemukakan pendirian supaya wakil Pas turut dilantik untuk jawatan tersebut sebelum ini, saya difahamkan setakat ini kerajaan negeri masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenainya.

"Jika ada pun, ia mungkin dalam pengetahuan Abdul Rani," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana