Pas Dicabar Buat Pendirian Rasmi Berhubung Isu Himpunan Blackout 505

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Parti Islam SeMalaysia (Pas) dicabar untuk menyatakan keputusan dan pendirian rasmi parti tersebut berhubung perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh Ketua Pembangkang, yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.Tegas Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor, Ustaz Rosdi Long, sehingga ke hari ini, kenyataan kepimpinan Pas masih lagi berdolak dalik dan samar-samar berhubung pendirian mereka terhadap himpunan tersebut.

“Biarpun Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh yang  menasihati ahli Pas agar tidak terlibat dengan himpunan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan itu, namun kenyataan itu bagi saya hanyalah sekadar pandangan peribadi yang tidak menjadi dasar kepada pendirian parti.

“Ini kerana ada juga pemimpin Pas yang menggalakkan ahlinya untuk menyertai perhimpunan tersebut. Jadi apa pendirian Pas sebenarnya? Kenyataan kepimpinan Pas bercanggah sesama sendiri, tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, beliau berpendapat bahawa kenyataan Ketua Dewan Ulama itu hanyalah sekadar untuk memperlihatkan kepada umum bahawa perjuangan Pas masih lagi berlandaskan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di mana haram bagi umat Islam menjatuhkan kerajaan Islam yang dipilih oleh rakyat hari ini.

“Kita tahu di dalam persepakatan ulama ahli Sunnah, menjatuhkan kerajaan dengan cara membuat huru hara adalah haram. Jadi, kenyataan itu tidak lebih hanyalah sebagai wayang Pas sedangkan hakikatnya kepimpinan Pas menggalakkan ahli-ahlinya menyokong dan hadir di dalam perhimpunan haram tersebut,” ujarnya.

Jika perjuangan Pas benar-benar berlandaskan ajaran Islam, kepimpinan parti tersebut , ahli Dewan Ulama Pas dan juga mursyidul Am Pas perlu bersidang untuk memutuskan keputusan dan pendirian Pas berhubung penglibatan mereka di dalam perhimpunan tersebut.

“Sehingga hari ini tidak ada sebarang perbincangan rasmi kepimpinan tertinggi Pas berhubung soal tersebut bagi membuat keputusan dan pendirian yang kemudiannya akan dijadikan dasar parti.

“Saya cabar sekiranya perjuangan Pas masih lagi berlandaskan Islam, maka Pas mesti mengeluarkan satu kenyataan rasmi dan menjadi dasar parti berhubung perkara tersebut.

“Janganlah berdolak dalik dan buat kenyataan yang bercanggah sesama sendiri sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahl dan umat Islam. Jangan pergunakan Islam, untuk menghalalkan perkara yang haram, semata-mata demi kepentingan politik,”tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana