Pakatan cadang boikot pembukaan Parlimen ke-13...Inilah Bangang Punya ANWAR

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berhasrat untuk memboikot sesi pembukaan Parlimen ke-13 sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya umum, 5 Mei lalu dan enggan menghantar soalan Parlimen.

Tarikh akhir bagi ahli Parlimen mengemukakan soalan untuk jawapan kementerian pada sesi yang bermula 24 Jun ini berakhir pada Rabu.

Tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menghantar sebarang soalan bakal mengundang kritikan ahli-ahli Parlimen kerajaan.

"Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan," kata Anwar lapor Malaysiakini.

Anwar mungkin dicadangkan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen oleh partinya PKR, namun jawatan berkenaan turut diintai oleh DAP.

Jawatan ketua pembangkang secara tradisi disandang oleh wakil parti yang menang paling banyak kerusi pada pilihan raya umum.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) DAP menang 38 kerusi Parlimen, diikuti PKR 30 kerusi dan PAS 21 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana