Pakar ekonomi Dr Mahani meninggal dunia...Al-Fatihah

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi yang terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), hari ini.

Dr Mahani, 59, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) meninggal dunia pada kira-kira 2 petang akibat penyakit kanser.

Menurut adiknya, Adnan, jenazah akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di No.1, Jalan Puncak Kiara 1, Kiara View, Desa Sri Hartamas.

Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.

Mahani, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana