Nak Siasat Atau Nak Songlap?


Ada-ada saja lah Khalid Gagap ni..Sejak dia jadi MB Selangor macam-macam rancangan atau program pelik-pelik wujud di bawah pentadbiranya seperti Geran Selangorku dan yang terbaru ni nak tubuhkan suruhanjaya untuk siasat penipuan pilihan raya di Selangor. Memang pelik! Dalam banyak-banyak rancangan pelik yang diwujudkan Khalid Gagap tak ada satu habuk pun dari rancangan tersebut mendatangkan manfaat kepada rakyat, yang terus habis hanyalah duit perbendaharan negeri dibahagi-bahagi kepada kroni.Ingatkan lepas Pakatan menang besar PRU13 di Selangor kerajaan negeri yang baru terus buat kerja untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat, tapi tidak, lain pula yang dibuatnya. Apa jadahnya kerajaan negeri pergi wujudkan suruhanjaya siasatan tu.

Untuk apa? Tak puas hati lagikah bila menang besar...atau.. Khalid Gagap ada agenda lain yang melibatkan wang perbendaharan negeri Selangor? Sekiranya suruhanjaya siasatan ini ditubuhkan, sebelum siasatan dimulakan kita sudah tahu keputusannya macam mana, sudah tentulah kerajaan negeri dalam laporanya nanti akan kata tiada penyelewengan berlaku masa PRU13 di Selangor, semua telus belaka sebab PR menang besar. Rakyat pula melompong ternganga mendegar temberang menteri besar , yang sedap membalun duit ialah kroni yang dilantik menjadi penyelaras dan juga ahli panel kepada suruhanjaya itu nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana