Menteri mahu Anwar henti jaja 'kecurangan' PRU

SHAH ALAM: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti daripada menjaja cerita kononnya Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) diselubungi penipuan ke serata dunia.

Sebaliknya, menurut beliau, Anwar perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak pembangkang untuk menerajui negara.

"Saya berpendapat, Datuk Seri Anwar ini sepatutnya menerima hakikat bahawa pilihan raya kita itu diadakan secara telus dan teratur.

"Soal dia bercakap dengan pihak kerajaan luar di Indonesia itu hak dialah walaupun saya berpendapat isu-isu yang berkait dengan negara kita ini tidak payahlah minta simpati daripada orang lain," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini hari ini.

Media Indonesia, VIVAnews melaporkan Anwar mengakui telah membawa aduan berhubung dakwaan penipuan pada PRU Mei lalu kepada pengetahun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Bagi Rahman yang juga adalah Ahli Parlimen Kota Belud, beliau berharap pemimpin pembangkang itu tidak membohongi pemimpin luar negara ketika pertemuan mereka.

"Cuma saya pasti sewaktu beliau bertemu dengan Presiden Indonesia itu, dia sudah tentu beliau tidak mengatakan tentang penipuan dan dakwaan yang beliau sendiri buat.

"Contohnya tentang tuduhan 40 ribu Bangladesh, tentang tuduhan elektrik terputus, tentang bagaimana petugas-petugas parti beliau mengasari pengundi, semua itu sudah pasti tidak akan diceritakan kepada Presiden Indonesia, itu saya pasti," katanya.

Beliau juga berkata tindakan Anwar itu sebenarnya cuba mengaburi mata pemimpin antarabangsa kononnya Malaysia tidak mengamalkan pilihan raya yang bersih.

Justeru, beliau menasihatkan Anwar agar tidak mengadu domba benda yang tiada bukti yang kukuh.

"Jadi saya kira ini sudah pasti untuk Datuk Seri Anwar mengaburi mata dan pemimpin antarabangsa, belum apa-apa pun lagi sebelum ini beliau sudah mengumumkan kemenangan beliau.

"Jadi benda-benda begini, beliau cuba untuk memperteguhkan kedudukan beliau dengan menegakkan benang yang basah," katanya lagi.

Dalam pertemuan terbaru, Anwar berjumpa Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan disusuli dengan mesyuarat bersama bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla. Beliau mengakui membawa aduan berhubung dakwaan penipuan pada PRU13 lalu.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," kata Anwar yang dipetik media Indonesia itu.

Bagaimanapun menurut beliau, presiden Indonesia itu mengambil kedudukan untuk tidak campur tangan terlalu mendalam.

Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan Jusuf Kalla, Anwar mendakwa telah memberitahu masalah yang dihadapi beliau selama ini.

Anwar dipetik berkata, sepanjang lima tahun menjadi Ketua Pembangkang, beliau tidak diberi peluang walaupun satu minit untuk bercakap di hadapan media Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL