MB: Cukai lebih tinggi untuk warga asing Johor

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi untuk kira-kira 130,000 warga asing yang memiliki hartanah di negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled berkata kadar tersebut sedang dibincangkan tetapi akan berkuat kuasa akhir tahun ini.

"Saya percaya bahawa kebanyakan penduduk tempatan setuju dengan dasar baru ini dan ia dilakukan untuk meningkatkan pulangan negara kita," katanya pada sidang akhbar di Permas hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penilaian semula akan diadakan di seluruh negeri yang mana kali terakhir dilakukan pada tahun 80-an.

"Beberapa majlis tempatan telah menjalankan penilaian harta dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang membuat penilaian hartanah pada tahun 1991.

"Pembayar cukai tidak perlu bimbang tentang penilaian di mana cukai harta akan dikekalkan bagi hartanah berharga rendah," katanya sambil menambah bahawa cukai yang lebih tinggi akan dikenakan terhadap hartanah bernilai jutaan ringgit.

Mohamed Khaled berkata kerajaan tidak mempunyai niat untuk meningkatkan beban kewangan rakyat tetapi perlu dilakukan untuk meningkatkan pulangan selain memastikan pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana