Luahan....Insan..Harus fikir fikirkan bersama...

Hanya kerana saya pernah menegur seorang rakan sepengajian dari UiTM Shah alam secara terbuka di FB ini kerana dirinya yang terlalu bersangka baik dengan Cina Kafir DAP pada PRU yang lalu, maka nampaknya diri saya telah menjadi sasaran ejekan dan sindiran di laman FB nya. Saya tidak pernah pula promosi padanya bahawa MCA atau GERAKAN itu lebih baik kerana bagi saya puak-puak itu sama saja main politik untuk kepentingan kaum dia. Mereka opportunis. Malah Prof. Madya Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah pun bersetuju dengan saya dalam hal ini. Saya tegur dengan niat baik agar dirinya pun dapat melihat musuh bersama umat Islam di Malaysia ini.

Tapi apakan daya, mungkin cara teguran saya itu tidak kena atau kurang jelas penerangan yang saya cuba sampaikan. Namun yang pasti saya tidak menggunakan sebarang kata-kata kesat ke atasnya ketika itu kerana bagi saya, teguran saya adalah untuk sesama Melayu-Islam. Saya faham dirinya kecewa tidak mampu beli kereta import atas alasan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terlalu mahal, jadi Proton lah yang sering dijadikan sasaran kritikannya. Maka tidak hairanlah seorang bumiputera hasil dari MRSM dan UiTM ini akhirnya begitu anti kerajaan setelah terbuai oleh janji-janji manis Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana