Kumpulan yang cuba kawal harga tiket bas boleh kena tindakan undang-undang - SPAD

Mana-mana kumpulan yang cuba mengaut keuntungan daripada pengguna dengan bersepakat mengawal harga tiket bas boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, SPAD tidak akan tunduk kepada sebarang usaha secara berkumpulan untuk menetapkan harga tiket bas yang membebankan pengguna.

“SPAD bersedia menerima teguran atau cadangan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam darat, termasuk bas ekspres. Kami tak akan membuat sesuatu keputusan dalam suasana diancam,” katanya.

Syed Hamid berkata demikian sebagai mengulas ugutan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) yang enggan menjual tiket perayaan lebih awal sekiranya tuntutan mereka untuk menaikkan tambang bas ekspres sehingga 30 peratus tidak dilayani.

Syed Hamid juga menafikan dakwaan beberapa blog kononnya SPAD akan tunduk kepada tuntutan PMBOA.

Menurutnya lagi, SPAD juga akan buat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) yang fungsinya memantau persaingan sihat dalam mana-mana industri.

“Jangan timbulkan isu mengikut emosi. Soal tunduk tidak timbul. SPAD sentiasa bersedia berbincang. Kami sudah panggil mereka untuk berbincang minggu depan untuk mencari penyelesaian. Tetapi kenaikan 30 peratus itu memang tidak munasabah.
“Kita boleh mencari jalan tengah. Mungkin boleh naik sedikit atau tidak langsung. Kita tak ada masalah sekiranya mereka berdegil kerana banyak lagi syarikat bas yang bersedia bekerjasama dengan SPAD,” katanya.

“Kepentingan orang ramai mesti diutamakan. Pengusaha jangan buat sesuatu ikut suka sehingga penumpang jadi mangsa. Jangan buat tindakan menyalahi undang-undang. Kalau buat macam ini (kumpulan) ia boleh dianggap sebagai Kartel yang cuba kawal harga. Kita boleh buat tindakan undang-undang,” katanya.

Syed Hamid percaya ada “dalang” yang menyucuk PMBOA untuk menuntut kenaikan tambang itu kerana konsortium mereka dilanda masalah kewangan. Kumpulan itu katanya cuba memaksa kenaikan harga sehinggakan orang tak ada pilihan.

Katanya aduan kenaikan kos selenggara bukan alasan yang kuat kerana dalam sudut lain kerajaan telah banyak membantu, termasuk memberikan subsidi diesel. Menurutnya seperti pengusaha, pengguna juga mempunyai masalah kenaikan kos hidup, lantas mereka perlu bertindak adil kepada kedua-dua pihak.

Syed Hamid berkata, pengguna yang merasakan diri mereka telah menjadi mangsa tindakan ketidakadilan pengusaha patut bersatu dan menggunakan hak mereka untuk mengadu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK).

Syed Hamid juga memberi amaran kepada pengamal media sosial supaya tidak main terjah sahaja membuat andaian dan meletakkan SPAD sebagai pesalah dalam isu itu. “Don’t jump the gun. Dapatkan fakta yang tepat sebelum membuat laporan,” katanya.

Menurut Syed Hamid, SPAD akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung isu itu dalam beberapa hari lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana