Konon serangan baru geng Kiram... ini komen Panglima ATM

Penduduk Sabah khususnya di Sandakan dan Lahad Datu diingatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pengganas kumpulan Kiram merancang menceroboh kawasan itu sekali lagi pada bila-bila masa.

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, khabar angin itu adalah tidak berasas dan bertujuan menakut-nakutkan penduduk di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau keadaan keselamatan di kawasan berkenaan bagi melindungi rakyat serta mempertahan negara daripada sebarang ancaman.

Katanya, sehingga hari ini, anggota keselamatan masih menjalankan kerja-kerja memantau keadaan di Sabah dan pihaknya akan memaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan.

"Saya nasihatkan kepada orang ramai di kawasan terbabit supaya tidak mempercayai khabar angin itu kerana kita memantau menerusi kerjasama PDRM selain maklumat daripada perisikan," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penutupan Summer Camp 2 Program Remaja Berwawasan Peringkat Nasional di Pusat Latihan Asas tentera Darat (Pusasda), Port Dickson, Jumaat.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Zulkifeli mengulas khabar angin kononnya kumpulan pengganas Kiram sekali lagi akan menceroboh Sandakan, Sabah dan beberapa kawasan lain di negeri itu bulan depan.

Menurut Zulkifeli, segala maklumat mengenai pergerakan pengganas adalah dalam radar pasukannya dan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara itu.

"Jika berlaku sesuatu kerajaan akan memaklumkan kepada penduduk di kawasan itu. Jadi penduduk yakinlah segala bentuk ancaman kita akan ketahui dan tidak perlu berasa bimbang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana