Kini giliran Shahidan pula kena bersilat jadi 'penghulu' Parlimen

Sewaktu Datuk Seri Nazri Aziz dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pilihanraya umum ke 13...ada satu tandatanya yang berlegar iaitu siapa 'penghulu' baru Parlimen Malaysia.

Orangnya tentu perlu ada segenap ilmu politik didada untuk bersilat kuntau menjaga institusi penting negara itu apa lagi dengan jangkaan Ahli Parlimen pakatan pembangkang akan lebih agresif berbanding penggal PRU12 lalu.

Nama Nazri sudah agak sinonim dengan Parlimen Malaysia setelah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri selama dua penggal yakni hampir 10 tahun pegang portfolio jaga urusan di premis yang  medan tempur utama antara kerajaan dan pembangkang itu.

Siapa saja yang sering mengikuti sidang Parlimen sejak PRU 12 tahu bagaimana ia kerap menjadi ibarat 'sarkas' bila Ahli Parlimen pembangkang buat perangai nak berentap dan tidak mempedulikan peraturan mesyuarat.

Selain ketangkasan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia,cara dan skill Nazri kendali urusannya banyak kali mematahkan gerak langkah mereka.

Yang pasti ia bukan tugas mudah khususnya pada sidang Parlimen yang diadakan tiga kali dalam setahun.

Kini bola itu ada pada kaki Datuk Seri Shahidan Kassim,yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau memegang portfolio jaga Parlimen dan secara rasmi ambilalih tugas itu dari Nazri Selasa.

Mampukah bekas Menteri Besar Perlis ini sambung era kegemilangan Nazri?

Mungkin ada yang terlupa bahawa Shahidan pernah menjadi Ahli Parlimen Arau selama dua penggal bila beliau menang PRU 1986 dan 1990.

Pada PRU1995,Shahidan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang sehingga PRU 2004 dan 2008.

Bukan setakat itu beliau juga adalah pengerusi pertama Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) yakni badan yang dianggotai oleh semua Ahli Parlimen BN yang tidak berjawatan dalam kerajaan seperti Menteri dan Timbalan Menteri.

Semasa eranya,BNBBC dikenali cukup garang dalam melawan bahas Ahli Parlimen pembangkang di dalam dewan.

Pengalaman itu sudah tentu memberi kelebihan kepada Shahidan untuk menyusun langkah berdepan dengan gerombolan Ahli Parlimen pembangkang era baru ini.

Awal-awal lagi menteri ini sudah tunjuk ketegasannya.

Ini berkait dengan gelagat Ahli Parlimen pembangkang yang dimasa lampau telah menjadikan Parlimen macam pasar dengan membawa masuk ' orang luar' seperti NGO dan penyokong mereka membuat sidang akhbar di dalam premis Parlimen.

Pada sidang parlimen sebelum PRU13 ,pihak Speaker telah mengeluarkan peraturan tidak lagi membenarkan gelagat ini berterusan.

Langkah ini diambill ekoran rungutan dari kalangan Ahli Parlimen BN dan para wartawan yang melihat Ahli Parlimen pembangkang tidak henti-henti membawa orang luar adakan sidang akhbar di situ.

Mereka dikatakan galak mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen kerana kebiasaan semasa sidang Parlimen terdapat ramai wartawan yang bertugas.Ini memberi kemudahan kepada mereka mendapat liputan meluas.

Perbuatan ini adalah secara terang suatu penyalahgunaan premis Parlimen yang dikhaskan untuk Ahli Parlimen.

Shahidan jamin akan menguatkuasakan peraturan itu tanpa kompromi.

Katanya semasa sidang akhbar serah tugas dengan Nazri bahawa Parlimen tidak boleh diguna oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat sidang akhbar.

"Jika mereka hendak mengadakan sidang akhbar, mereka mesti melakukannya di tempat lain," katanya.

 Shahidan menegaskan bahawa Bangunan Parlimen hanya untuk anggota Parlimen dan tidak disalahguna oleh pihak luar.

"Kita mesti hentikan semua gangguan dan halangan," katanya.

Menteri itu juga berkata, beliau akan memastikan pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan di sekitar kawasan bangunan Parlimen tidak menjejas anggota Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Kemudahan-kemudahan untuk mereka tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak, kata beliau.

"Adalah hak dan kebebasan untuk ahli-ahli Parlimen melaksanakan tugas mereka di Parlimen tanpa sebarang gangguan," katanya.

Shahidan menegaskan bahawa walaupun orang ramai boleh melawat ke Parlimen, namun institusi itu dan kemudahannya adalah hanya untuk ahli Parlimen.

Pada 24 Jun ini sidang Parlimen pertama akan berlangsung selepas PRU13.

Sidang kali ini adalah selama 16 hari. Yang Dipertuan Agong merasmikannya pada pagi 25 Jun.

Waktu itu perhatian pastinya akan mula bertumpu pada Shahidan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana