Kerajaan ambil serius mesej rakyat

Rakyat menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu bahawa mereka mahukan kerajaan bertindak lebih tegas dan berani mempertahankan institusi-institusi penting negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah penting untuk memastikan institusi yang selama ini diwujudkan kerajaan untuk menjaga pembangunan, keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara tidak diancam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau menegaskan, antara institusi penting yang perlu terus dipelihara adalah dalam aspek undang-undang, penguatkuasaan, jenayah, penyelewengan serta isu-isu utama lain yang sering menjadi tumpuan penting rakyat.

“Kerajaan yang baharu dibentuk selepas PRU-13 bukan sahaja diharap dapat melaksanakan pelbagai aspek pembangunan, malah wajib menjaga institusi penting itu.

“Kita mendapat mesej jelas (daripada rakyat) bahawa kerajaan yang ada ketika ini mesti efektif, tegas dan berani. Jangan biarkan puak-puak tidak bertanggungjawab mengganggu-gugat," katanya ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) Pagoh di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana