Kerajaan Akan Teliti Penggubalan Akta Derhaka....Syabas Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR 8 Jun - Gejala menghina Yang di-Pertuan Agong dilihat semakin kronik justeru kerajaan akan mengkaji keperluan mewujudkan Akta Derhaka bagi membendung 'epidemik' ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri datuk Seri Shahidan Kassim berkata, rakan sejawatnya, Nancy Shukri dari Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) akan membincangkan perkara ini.

"Selepas itu kita akan bawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan.

"Tetapi bagi saya, kalau nak wujudkan akta baharu, kita kena perhati (teliti) betul-betul walaupun undang-undang sedia ada sudah mencukupi," katanya kepada pemberita paa majlis perasmian Klinik Pakar Rawatan Optometri dan Kata Sentuh Khas di Cheras, hari ini.

Katanya lagi, perbincangan tersebut juga akan melibatkan pakar perundangan dari Jabatan Pageuam Negara.

"Kalau ada yang kata undang-undang kini tidak cukup kuat, kita akan kuatkan," jelas Shahidan.

Dalam perkembangan berkaitan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Siber 1Malaysia membuat laporan polis terhadap dua individu yang dikatakan menghina nabi dan polis di laman sosial Facebook.

Presiden (GS1M) Mohamad Sharom Rahman berkata, dua individu yang menggunakan nama profil 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' bertindak biadap dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ujarnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) digesa melakukan siasatan terhadap dua individu ini ekoran ianya bersifat provokasi dan boleh mengundang kemarahan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana