Kecoh seketika apabila peserta dirikan khemah

KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'Blackout 505' pada hari ini secara keseluruhannya berjalan dengan lancar kecuali apabila ada peserta yang cuba mendirikan khemah di Padang Merbok di sini setelah berhimpun lebih dua jam.

Selesai sesi ucapan, pemimpin Pakatan Rakyat, sebahagian peserta mula bersurai tetapi sebilangan kecil mula mendirikan khemah masing-masing.

Bagaimanapun anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak segera menghalang peserta berbuat demikian.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa mereka akan cuba berkhemah di Padang Merbok selama dua malam sebaik selesai perhimpunan hari ini.

Pengesahan itu secara tidak langsung mengesahkan laporan Antarapos bahawa tujuan sebenar peserta himpunan adalah untuk berarak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Kekecohan hari ini bermula apabila dua anggota DBKL menasihatkan peserta untuk tidak mendirikan khemah di kawasan padang.

Namun, peserta yang berang itu dikatakan cuba menyerang anggota DBKL yang mahu merampas khemahnya itu. Hasilnya, berlaku tolak-menolak.

Anggota DBKL berkenaan cuba menahan peserta yang belum dikenali itu ke sebuah van miliknya tetapi peserta yang lain mula tidak berpuas hati dan cuba campur tangan.

Menurut OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad keadaan setakat ini terkawal apabila pihak polis mengambil tindakan untuk membawa pegawai DBKL berkenaan meninggalkan padang itu.

Tambah beliau, setakat ini keadaan masih di bawah kawalan dan polis akan berkawal serta memantau aktiviti peserta perhimpunan.

Penganjur perhimpunan Rafizi Ramli merangkap pengarah strategi juga campur tangan dengan meminta peserta supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ramai peserta yang kemudiannya meninggalkan padang ini secara beransur-ansur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana