Jangan jual agama demi politik - Ust Fathul Bari

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menasihati Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa agar tidak menggunakan agama sebagai modal demi kepentingan politik.

Menurut beliau, Husam sewajarnya lebih bijak dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan pandangan, terutama dalam isu yang melibatkan agama.

Tambah beliau lagi, hanya Allah SWT yang berhak untuk menentukan sama ada seseorang itu syahid atau tidak.

"Jangan gunakan agama sebagai modal untuk mencapai kepentingan politik. Isu syahid ini adalah hak dan ketentuan Allah SWT. Jadi saya minta Datuk Husam agar lebih berhati-hati dalam menyebut perkara dan hal tentang agama ini.

"Usahlah menjual agama untuk kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Saya kira pendirian beliau sendiri sebenarnya bercanggah dengan beberapa pemimpin PAS yang lain," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Husam dalam kenyataannya yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily semalam beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah..," katanya dipetik dari halaman Harakahdaily.
   
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang pernah menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu sebagai 'syahid dunia'.

Justeru itu Fathul mempersoalkan atas kredibiliti apa yang membolehkan pemimpin pembangkang ini menentukan yang mana layak dianggap mati syahid dunia atau pun akhirat.

"Kalau sebahagian daripada mereka pernah mempertikaikan tentera dan polis kita yang berjuang di Lahad Datu, yang terkorban, mati mereka bukan dikategorikan sebagai mati syahid akhirat, mengatakan itu syahid dunia dan sebagainya, mereka juga perlu prihatin dengan isu yang mereka lakukan sekarang.

"Bahkan bukan beliau (Husam) saja, termasuk pemimpin PAS, PKR, Umno atau sesiapa saja, dalam isu yang berkaitan agama, kita mohon supaya diteliti, dianalisa terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan atau pandangan agar kita dilihat lebih bijaksana dan matang dalam berhujah. Wallahualam," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL