Ini perkara bersejarah dan mungkin boleh masuk The Malaysia Book Of Records. Ahli politik pertama Malaysia yang tertidur ketika buat sidang media (PC) sendiri...

Ini bukan tengah dengar ceramah, atau dalam mesyuarat, tapi ketika sidang media sendiri berlangsung, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, terlelap seketika ketika sidang media diadakan selepas majlis angkat sumpah pagi semalam.

Ini perkara bersejarah dan mungkin boleh masuk The Malaysia Book Of Records. Ahli politik pertama Malaysia yang tertidur ketika buat sidang media (PC) sendiri...

Khalid ketika itu sedang mengucapkan tahniah kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh, Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad serta dua EXCO, Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad, pada mulanya bercakap dengan nada perlahan sebelum terlelap.

Beliau bagaimanapun dikejutkan Hannah yang duduk di sebelah kanannya sebelum sidang media itu diteruskan Speaker wanita pertama Selangor itu.

Bagaimanapun, Abdul Khalid sekali lagi terlelap menyebabkan seorang pegawainya menghentikan sidang media berkenaan bagi membolehkan Abdul Khalid beredar dan berehat.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin, berkata ia mungkin berlaku kerana Abdul Khalid terlupa ubat darah tinggi yang diambilnya sebelum itu boleh menyebabkannya mengantuk.

Pada masa sama, katanya, Abdul Khalid mungkin keletihan ekoran terlalu sibuk selepas PRU13 sehingga kepada pembentukan kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana