Hinanya Pemimpin PKR Di Mata Rakyat?

Tidak ada perkataan yang layak untuk diberikan kepada pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu hina.

Hina kerana tidak menjalankan tugas sebaiknya untuk rakyat walhal mereka kerap kali mencanangkan kata-kata mahu melakukan atau menunaikan sesuatu tanggungjawab kerana rakyat.Kehinaan mereka bertambah apabila bertindak mahu memboikot Dewan Rakyat Parlimen ke-13.Mereka mula menunjukkan belang selepas pakatan pembangkang hanya memenangi 89 kerusi Parlimen pada PRU13 bulan lalu.
Kehinaan mereka yang mahu memboikot menunjukkan sikap sebenar mereka yang sebagai tokoh pemimpin tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan sebelum sidang baru Parlimen bermula.

Ini kerana, mereka langsung tidak menghormati keputusan rakyat yang sudah memilih mereka sebagai wakil untuk bersuara dan menggubal undang-undang.Sebaliknya, pemimpin PKR gemar untuk menonjolkan sikap berpolitik yang tidak matang. Jadi, perkara ini menjuruskan rasa seperti tidak menghargai perasaan rakyat yang mahukan mereka sebagai wakil bagi meluahkan rasa tidak puas hati dalam parlimen.
Sebagai pemimpin yang diberi julukan nama ‘Yang Berhormat’, mereka sewajarnya menonjolkan keperibadian yang baik untuk dihormati pelbagai pihak walaupun berbeza parti, lebih-lebih lagi dihormati oleh rakyat.

Bukannya, meletakkan cara dengan memulaukan sesi taklimat sebagai satu landasan untuk berpolitik tentang hal-hal yang remeh dan temeh.Perlu untuk pemimpin PKR mengingati kembali, tujuan Parlimen adalah sebagai medan terbaik menyampaikan suara akar umbi untuk dibahas dan diperhalusi.Malah, mereka perlu sedar, tugas YB adalah untuk membela dan menjaga kepentingan hak rakyat.Ini kerana, Dewan Rakyat kali ini mahu melihat ahli Parlimen memahami kehendak dan perasaan rakyat. Rakyat mahu melihat ciri YB yang sedia menerima maklumat daripada akar umbi mengenai masalah setempat, selain dilihat tidak tidak sombong, bersikap angkuh dan pelbagai lagi sikap negatif yang mampu mencacatkan peribadi seorang YB.
Bukannya dengan cara mengajak rakyat dan penyokong tegar yang sempit akal berdemonstrasi di jalanan. Keadaan itu akan menyulitkan lagi proses mengukuhkan kestabilan dan keharmonian negara.
Disebabkan itulah layak untuk pemimpin PKR diberikan gelaran sebagai hina kerana tidak menghormati keputusan dan perasaan rakyat.

Sesungguhnya, malang bagi segelintir rakyat Malaysia yang menyokong niat Anwar untuk memboikot kerana ini adalah satu tindakan yang berfikiran sempit dan sanggup menjejaskan imej Parlimen semata-mata mahu mencapai kehendak peribadi dan kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana