Himpunan Blackout di KL...lokasi sudah pasti jadi kontroversi...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi umum Pakatan Rakyat akan mengadakan himpunan Blackout di Kuala Lumpur bermula petang Sabtu 15 Jun.

Namun pihaknya tidak beritahu lagi dimanakah lokasi penganjuran himpunan membantah keputusan PRU13 itu tersebut akan dibuat.

Jika jika zoom lokasi kegemaran Anwar sudah pasti Dataran Merdeka, namun Agendadaily difahamkan Dataran Merdeka ditutup untuk kerja-kerja baik pulih sehingga April tahun depan.

Itu lokasi terbuka, yang boleh gerenti, pihak berkuasa susah hendak 'lepas'.

Untuk lokasi tertutup, di KL, boleh jangka pembangkang dok target Stadium Merdeka.

Mungkin pembangkang nak ulang semula hu ha Bersih 2.0 dan 3.0 yang heboh pasal lokasi.

Dari jalanraya, ke dataran hingga ke stadium.

Nampak gayanya, di Malaysia ini, pembangkang tak ada kerja lain selain dari demo dan demo.

Menurut Anwar, pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tujuan berkenaan.

“Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang.

“Pihak jawatankuasa sekretariat dan wakil-wakil NGO akan meneliti semua aspek dan akan berunding dengan Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan supaya perjalanannya itu terjamin aman dan terkawal,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR petang Isnin.

Untuk rekod, siri himpunan itu yang diadakan di sebuah padang berhampiran Amcorp Mall akhir bulan lalu menyaksikan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 berlaku.

Antaranya termasuklah para peserta yang turut membawa anak kecil menyertai himpunan itu.

Himpunan itu juga tidak menerima sambutan termasuk dari kalangan parti komponen PR sendiri.

Selain itu, ini percubaan terbaru pembangkang menunjukkan rasa tidak hormat terhadap titah Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Agong dalam ucapan khas sempena Hari Keputeraannya baru-baru ini melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis bagaimanapun turut mengulangi gesaannya agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.

“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan,” titah baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana