Harun Enggan Ulas Kenyataan Mat Sabu

KUALA TERENGGANU : Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu seluruh pimpinan parti itu turut serta dalam perhimpunan pembangkang 15 Jun ini.

Katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu dan tidak mahu membuat sebarang ulasan.

“Saya tak tahu pun. Jadi, saya malas nak komen panjang-panjang,” katanya.

Harun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu  selepas mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mat Sabu, jawatankuasa itu sebulat suara bersetuju supaya parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

“Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir,” katanya seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini.

Kenyataan itu sekali gus bertentangan dengan pendirian yang disuarakan Harun sebelum ini bahawa Pas tidak menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas mengenai perbezaan pendirian itu, Harun sekadar menegaskan, menyertai perhimpunan bagi penyokong dan pemimpin Pas adalah perkara biasa.

“Kita memang `sokmo’ (selalu) pergi himpunan. Pergi dengar ceramah dan sebagainya. Biasalah,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana