Guan Eng Jangan Celupar...Ikut Sedap Mulut Saja

PULAU PINANG : Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak sepatutnya bersikap celupar dan menuduh kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pinang sengaja dilewatkan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, Guan Eng seharusnya memahami prosedur keselamatan yang dilaksana anggota penyelamat dalam kes berkenaan.

Tambahnya, sebagai kerajaan negeri yang kononnya prihatin, Guan Eng seharusnya memberi bantuan kepada mangsa dan bukan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya difahamkan, sehingga kejadian dan mayat Tajudin Zainal Abidin dikembumikan, beliau langsung tidak menziarahi keluarga isteri mangsa,” ujarnya.

Sebelum ini, Guan Eng mempertikai kerja-kerja mengeluarkan mayat Tajudin yang menurutnya lewat dilakukan iaitu hanya selepas 25 jam mangsa terperangkap.

Mengulas lanjut, Aminah berkata, Guan Eng seharusnya memberi bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung isteri mangsa, Shariffah Ramli yang terpaksa membesarkan dua anak bersendirian.

Dalam pada itu, Aminah berkata, bantuan RM10,000 yang diumumkan Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ismail  Mohamed Taib tidak setimpal dengan nasib malang yang dihadapi keluarga berkenaan.

“Nyawa tiada galang gantinya dengan wang ringgit. Dalam keadaan seperti ini, seharusnya pihak berkenaan perlu lebih sensitif,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamad Saud turut meminta pihak berkaitan mengkaji semula pampasan yang diberikan kepada keluarga mangsa.

“Kami juga menyeru orang ramai dan pihak korporat memainkan peranan dengan menghulur bantuan kepada keluarga mangsa yang kini menghadapi saat sukar dalam hidup mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana